Zulkifli Ismail Dihukum Mati Kerana Bunuh Perompak

Zulkifli Ismail Dihukum Mati Kerana Bunuh Perompak
Zulkifli Ismail Dihukum Mati Kerana Bunuh Perompak

“Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang, seolah-olah melaksana ‘undang-undang rimba’ hingga meragut nyawa orang lain meskipun dalam keadaan marah,”

Sebelum buat apa-apa tindakan, sebab tu lah kita diminta untuk fikir baik-baik takut perkara tersebut beri impak pada masa akan datang.

Perkara inilah yang berlaku kepada Zulkifli Ismail, 52, yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 40 dan cederakan seorang OKU, Faizul Awang, 33 yang kudung kaki tangan pada 2015 di Kemaman, Terengganu, lapor Astro AWANI.

Jangan laksana undang-undang rimba

Zulkifli Ismail Dihukum Mati Kerana Bunuh Perompak

Walaupun ada timbul dakwaan yang kedua-dua mangsa nak merompak Zulkifli, pihak mahkamah rasa ia tak boleh jadi sebab kukuh untuk tertuduh capai parang dan cederakan kedua-dua mangsa sampai salah seorang daripadanya meninggal dunia.

“Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang, seolah-olah melaksana ‘undang-undang rimba’ hingga meragut nyawa orang lain meskipun dalam keadaan marah,” kata Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Zainal Azman Ab Aziz.

Malah menurut Zainal Azman, Zulkifli sepatutnya call polis dan tak bertindak ikut suka hati kerana pihak mahkamah yang akan bertanggungjawab tetapkan segala hukuman kepada penjenayah.

“Banyak berlaku di negara ini (kes sedemikian). Sesiapa juga jangan ambil alih kuasa polis dan mahkamah. Janganlah bila marah kita cepat ambil parang. Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang,” katanya.

Tikam mangsa di dada guna parang

Zulkifli Ismail Dihukum Mati Kerana Bunuh Perompak

Mengimbau kejadian yang berlaku, Zulkifli dikatakan telah serang dua mangsa yang sedang cari besi buruk di tempat kejadian sebelum dia meluru datang ke arah dua mangsa tersebut.

“Tertuduh yang tiba di tempat kejadian telah datang dari arah belakang dan menikam dada kanan Faizul dan kemudiannya meluru dan menikam dada si mati (Zulkefle).

“Si mati cuba melarikan diri tetapi tertuduh bukan setakat mengejar mangsa sehingga 70 meter dengan parang tetapi tidak membenarkan rakannya (Faizul) membantu si mati.

“Saksi juga menyatakan si mati sempat merayu sambil mengangkat kedua-dua tangannya supaya tertuduh berhenti mencederakannya tetapi tidak dihiraukan,” jelas hakim mahkamah.

Zulkifli Ismail Dihukum Mati Kerana Bunuh Perompak

Meskipun tertuduh dapat perhatian di Facebook sehingga tertubuh page ‘Selamatkan Zulkifli’, hakim telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan membunuh dan hukuman penjara 14 tahun kerana menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Daripada mengutuk hakim dan polis, elok kita ambil iktibar dari kejadian ni. Papepun sebelum buat sesuatu fikir dulu takut bawa kesan besar di kemudian hari.

Sumber: Astro AWANI/Sinar Harian/Lobak Merah

Sumber :BlogMazeer

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password