Zahid nafi campur tangan kelewatan pendaftaran HARAPAN

PARLIMEN | Segala keputusan berhubung pendaftaran gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) tertakluk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, menteri dalam negeri itu beliau tidak sama sekali campur tangan dalam perkara tersebut yang sehingga kini masih gagal didaftarkan sebagai satu gabungan.

“Biar pun ROS dibawah KDN tetapi saya tidak meletakkan tangan saya dalam mereka membuat cadangan untuk menerima atau sebaliknya terhadap permohonan Pakatan Harapan,” kata Ahmad Zahid dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Zahid berkata demikian mengulas pertemuan Pengerusi gabungan itu Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim pagi ini.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri mendakwa masalah yang dihadapi oleh BERSATU dan DAP sebagai punca kelewatan mendaftarkan gabungan Pakatan Harapan.

[Laporan penuh menyusul]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password