Yusuf Azmi tak mahu diangkat menjadi hero – Sinar harian – 7/10/2017

Snapshot

DIANGKAT melambung oleh netizen sehinggakan mahu beliau dilantik Menteri Dalam Negeri bukanlah pujian yang diharapkan namun lebih dipandang sebagai amanah berat yang perlu dipikul.

Itulah luahan rasa yang terpendam dalam sanubari Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhammad Yusuf Azmi,ketika ditanya mengenai pandangan netizen yang mahu beliau diangkat lebih tinggi selaras peranan yang beliau mainkan dalam PPIM.

“Saya tidak berpelajaran, saya hanya bersekolah sehingga ke tingkatan satu. Saya hanya diberi kelebihan oleh ALLAH dalam matematik…Jadi menteri taklah, nak angkat saya pun tak nak.

“Sebab saya hendak jadi orang biasa nak teruskan perjuangan Rasulullah di atas muka bumi ini,” demikian ujarnya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di ibu Pejabat PPIM, di sini.

Terbaharu, nama beliau disebut lagi, selepas berjaya menyelesaikan masalah masyarakat membabitkan isu penipuan pembelian rumah.

[ARTIKEL BERKAITAN: DBI Properties: Dua lelaki direman dua hari]

Katanya, sepanjang tujuh tahun berjuang dalam PPIM, beliau tidak mengharapkan sebarang pujian dan populariti.

“Saya semakin hari semakin risau kerana banyak amanah harus saya pikul. Saya bukanlah orang yang hendak mencari populariti, saya hanya orang biasa rakyat marhaen saya aktivis,” katanya.

Bapa kepada enam cahaya mata ini mengakui tidak tahu punca sehinggakan beliau diiktiraf dan mencetuskan fenomena.

“Sejujurnya saya tidak senang dengan pujian melambung , fenomena ini tidak buat saya gembira ” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai perjalanan kerjanya, Yusuf berkata, tanggungjawab kerjanya kini sangat berat.

“Saya kerja dua hari tapi cuma lima jam tidur…Saya dah patut masuk hospital tapi orang rumah saya kuatkan saya dengan buat bacaan yassin, dialah kekuatan saya selain anak-anak.

“Bila saya susah hati, saya baring dia (isteri), dan dia akan baca al-Quran sebagai pengubat,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Yusuf menegaskan turut bahawa beliau sedikit pun tidak berminat untuk menyertai parti politik meskipun menerima pelbagai tawaran.

“Saya tak berminat dan tak akan sertai politik, memang ada tawaran suruh saya masuk bertanding tapi saya tak terima,” katanya.

Yusuf Azmi tak mahu diangkat menjadi hero – Sinar harian – 7/10/2017 was last modified: October 7th, 2017 by HISYAM



Sumber : PPIM

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password