“Yang baju hijau ni memang melampau, sampai kamera awak terkena muka Farid tu dah kenapa?…”

"Yang baju hijau ni memang melampau, sampai kamera awak terkena muka Farid tu dah kenapa?…"

 

Baru-baru ini, kelibat Farid Kamil sentiasa dilihat turun naik mahkamah berikutan insiden tingkah laku pelik beliau yang berlaku pada hujung minggu lepas. Ruang luar mahkamah sentiasa dipenuhi oleh para wartawan yang berlumba-lumba untuk mendapatkan gambar artis berpangkat Dato’ itu ketika berada di kawasan mahkamah.

Namun, tindakan segelintir wartawan dalam menjalankan tugas mereka telah membuatkan adik kepada Farid Kamil, Fadzil Zahari sedikit tersinggung apabila terdapat beberapa buah insiden yang menurut Fadzil telah melampaui batas.

Salam kawan2 media & wartawan, saya faham anda semua buat kerja. Tapi yang pakai kemeja hijau menggalas beg ni saya rasa agak melampau la dah melepasi garisan wartawan kejar dah macam apa, sampai kamera awak terkena muka Farid tu dah kenapa? Agak agak la sikit bang…

Luahan Fadzil yang dibuat olehnya di laman Facebooknya semalam telah mendapat perhatian netizen dan rakan-rakan beliau.

Rata-rata mereka bersetuju dengan tindakan ‘melampaui’ sesetengah wartawan dan turut berasa simpati dengana apa yang telah berlaku.

.

Sumber : Fadzil Zahari

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password