“Ya Allah.. Kat tempat suci pun nak menunjuk ke?…” – Dikatakan riak, Dato’ Seri Vida dihentam netizen

"Ya Allah.. Kat tempat suci pun nak menunjuk ke?…" – Dikatakan riak, Dato' Seri Vida dihentam netizen

 

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi ‘trend’ memuat naik gambar-gambar ‘selfie’ ketika menunaikan ibadah apabila seseorang individu menunaikan haji atau umrah untuk dijadikan sebagai kenangan ketika pulang ke tanah air.

Baru-baru ini jutawan kosmetik yang terkenal, Dato’ Seri Vida telah berkongsi gambar-gambar di laman Instagram miliknya ketika menunaikan umrah di tanah suci.

Sekeping gambar yang dimuat naik oleh penyanyi lagu I Am Me itu kelihatan sedang berselfie  dengan berlatar-belakangkan Kaabah di Tanah Suci Mekah. Namun tindakan beliau yang mempamerkan cincin permata dan jam tangan mewahnya telah mengundang kecaman daripada netizen.

Rata-rata netizen mengatakan beliau seperti ingin mempamerkan dan menunjuk-nunjuk kekayaaan di tempat yang penuh dengan orang awam itu sekaligus mengganggu kekhusyukan ibadah orang lain.

.

.

Namun ada juga yang meminta beliau supaya berdoa untuk mereka agar dapat diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana kerana masih belum ada rezeki untuk menunaikan ibadat tersebut.

.

Sumber : Dato’ Seri Vida

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password