“Ya Allah.. Dari aku kecik sampai besar, maintain je muka dia…” – Ramai ‘adore’ dengan awet muda Sharifah Amani

"Ya Allah.. Dari aku kecik sampai besar, maintain je muka dia…" – Ramai 'adore' dengan awet muda Sharifah Amani

Kelibatnya sangat jarang menghiasi kaca televisyen, tetapi itu bukan bermakna pelakon bertubuh kecil molek Sharifah Amani ini telah bersara daripada dunia lakonan. Kerjaya seninya masih aktif walaupun tidak mendapat perhatian ramai media.

Terbaru, pelakon yang bakal muncul dengan filem Gol & Gincu 2 ini telah hadir ke majlis resepsi perkahwinan kawan baiknya, Nadia Aqilah yang juga merupakan seorang pelakon pada hujung minggu lalu.

Apa yang menarik perhatian, gambar wanita berusia 32 tahun yang tampil manis mengenakan busana kebaya moden berwarna ‘soft turquoise’ ini menjadi perhatian ramai pengguna laman media sosial.

.

Rata-rata memuji anak kepada pasangan Syed Zainal Rashid Al-Yahya dan Fatimah Abu Bakar itu yang kelihatan sangat cantik dan comel apabila mengenakan hijab ketika majlis berkenaan.

.

Namun bukan sahaja di laman Instagram miliknya, malah gambar berkenaan turut menjadi tular di laman Twitter yang semestinya ramai kagum dengan kecantikan serta awet muda adik kepada Sharifah Aleya itu.

“Sharifah Amani ni umur berapa weh? asal dari kecik sampai aku besar, maintain je muka dia semua lawaaaaaa…” kata salah seorang pengguna Twitter.

Perkara itu turut dipersetujui oleh warga netizen yang lain apabila ada yang tidak percaya dengan umur sebenar pelakon itu kerana kelihatan bukan seperti golongan 30an.

.

Sumber : Sharifah Amani , OMGitswni

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password