Wow! 10KG Turun Dalam Masa 3 Bulan Tanpa ‘Buang’ Nasi! Gadis Ini Kongsikan Tips Dan Rahsia Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Mudah Tanpa ‘Extreme Diet’..

Wow! 10KG Turun Dalam Masa 3 Bulan Tanpa ‘Buang’ Nasi! Gadis Ini Kongsikan Tips Dan Rahsia Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Mudah Tanpa 'Extreme Diet'..

Menjadi satu kemusykilan bila seseorang itu hendak menurunkan berat badan tetapi perlu makan nasi seperti biasa. Itulah yang diutarakan oleh Dn Natasha di laman sosial facebook beliau.

Seorang pengguna Laman Facebook berkongsi Tips dan Rahsia untuk menurunkan berat badan tanpa perlu mengamalkan Diet Atkins dan masih lagi memakan nasi.





Dn Natasha, seorang gadis bertubuh gempal mempunyai berat 63kg mampu turunkan berat badan kepada 10kg dalam masa 4 bulan. Berat terkininya ialah 53 kg. Yang menariknya beliau masih mengamalkan nasi dalam diet.

Ujarnya, kutukan dan ejekan menjadi pembakar semangatnya untuk berubah. Dia berpendapat setiap orang mempunyai bentuk badan dan metabolisma badan yang berbeza. Jadi kesannya bergantung kepada dua faktor itu.

Namun, dengan tips yang dicadangkannya, setiap orang mampu mendapatkan bentuk badan yang diingini, dengan dorongan semangat dan disiplin diri yang tinggi.

Dn Natasha mencadangkan seseorang boleh kurus, hanya dengan meminum air lebih 2 liter sehari, teh hijau, makan buah-buahan tembikai dan epal hijau, dan juga mengamalkan senaman.





Senaman yang paling digemarinya ialah melompat tali.

Anda boleh mengamalkan apa-apa senaman yang anda minat, dengan syarat anda bersenam.

Dia berpendapat, nasi haruslah diambil dalam diet untuk tenaga tetapi dalam kuantiti yang kecil ataupun sekali sehari. Itu sudah memadai.

Lauk yang diambil bersama nasi haruslah dikawal.





Banyakkan makan sayuran dan protein. Untuk makan ayam, elakkan kulitnya kerana mengandungi lemak. Makan isinya yang kaya dengan protein. Makanan ringan elakkan buat masa ini.

Walaupun berdiet, jangan tinggalkan sarapan. Minum air sebelum sarapan pagi. Selepas itu bersarapan pagilah, tetapi jangan lupakan teh hijau anda.

Untuk minum petang, amalkan buah-buahan dan air sahaja, elakkan kuih muih yang manis.

Dia juga berkongsi tips penyediaan teh hijau kegemarannya. Teh hijau dicampur dengan air suam 2 liter, lemon setengah biji, Halia saiz ibu jari dihiris nipis-nipis minum sehari sehingga habis.

Senaman harian juga penting untuk kekal sihat.





Senaman kegemarannya ialah melompat tali 3 sehingga 4 kali sehari, setiap hari sebanyak 100 lompatan dalam 1 set. Untuk permulaan, memang rasa penat tetapi anda boleh perlahankan.

Amalkan senaman lain yang anda minat. Jangan lupa amalkan gaya hidup sihat. Elakkan makanan yang manis, berlemak dan lebih perisa. Ini bukan sahaja untuk kurus, bahkan untuk sihat.

Untuk sihat juga, amalkan tidur dan rehat yang cukup. Bila anda tidur dan rehat yang cukup, anda mampu untuk bangun pagi awal lantas memulakan rutin harian anda tanpa stress dan teratur.

Bila anda stress dan kurang tidur, ini akan memacu hormon stress “kortisol” ini akan menaikkan gula dalam darah dan insulin. Bila mengalami kenaikan gula dalam darah, anda akan rasa lapar dan diet yang anda lakukan akan menjadi sia-sia.

Elakkan stress, jika anda tidak boleh mengelakkan stress itu, cuba uruskan stress anda dengan baik. Jika anda stress, sibukkan diri sendiri agar anda tidak terbeban dengan stress itu.

Di samping itu, untuk mendapatkan sesuatu, kita haruslah berkorban dan konsisten. Amalkan semua petua yang dinyatakan di atas tanpa jemu dan lelah.





Lain orang, lain hasilnya. Ada yang berjaya menurunkan berat badan dengan cepat, ada yang mengambil masa yang agak panjang, jadi besabar dan jangan putus asa.


Yakinlah usaha anda akan membuahkan hasil yang baik. Selalu membayangkan diri anda kurus dan langsing, ataupun jadikan seseorang model atau artis sebagai idola untuk anda kurus.

Motivasi visual mampu membuatkan anda mencapai matlamat untuk kurus.

Lepas ni bolehlah anda cuba teknik yang diajarkan oleh Dn Natasha ni. Tak perlu nak ‘puasa’ nasi dah lepas ni. Makan seperti biasa dan nikmati hidup ini!

Sumber: FB Dn Natasha



Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password