Wow! 10 Hal Ini Terjadi Ketika Anugerah MeleTOP Era 2018

Wow! 10 Hal Ini Terjadi Ketika Anugerah MeleTOP Era 2018 – MEDIA OHSEM
Semalam, (Ahad) telah berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era (AME) 2018 yang bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil. Sebanyak 17 kategori anugerah telah dipertandingkan dan diputuskan oleh para peminat melalui undian.
10 Hal Yang Terjadi Ketika AME 2018

Disebalik kemeriahan acara yang berlangsung, di media sosial rata – rata netizen turut hangat memperkatakan mengenai AME kali ini. Ada yang memuji dan tidak kurang juga ada yang mengecam. Hangat.com bawakan 10 rangkuman hal yang terjadi pada AME 2018.

1. Perlian Nabil Terhadap Neelofa

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pengacara sensasi, Nabil Ahmad yang terkenal dengan sikapnya yang suka ‘membahan’ orang lain ketika sedang mengacara. Mungkin kerana jiwa pelawak yang sudah sebati dengannya membuatkan Nabil selesa begitu.

Ketika AME 2018, rakan pengacaranya Neelofa turut menjadi mangsa perlian Nabil. Antaranya ketika Neelofa bergandingan bersama Zul yang membuatkan Nabil terus memerli selebriti itu.

2. Pujian Kepada Datuk Rosyam Nor dan Datuk Aznil Nawawi


Ketika Anugerah Khas diumumkan milik Datuk Harjit Singh Sullon, kelihatan Datuk Rosyam Nordan Datuk Aznil Nawawi terus berdiri memberi penghormatan berbanding orang lain yang hanya berdiri untuk seketika.

Untuk anda yang tidak tahu, Datuk Harjit adalah Penyampai Berita Televisyen yang Paling Lama Berkhidmat iaitu selama 43 tahun dan turut diiktiraf di dalam Malaysia Book of Records.

3. Pakaian Neelofa Yang Serba Tidak Kena?


Melihatkan pakaian Neelofa pada malam itu seperti ada sahaja yang tidak kena. Bermula dengan turban yang dipakai Lofa seperti kain veil yang membalut hamper, pakaiannya juga persis kucing di dalam filem Alice In The Wonderland.

Bukan kami yang gelarkannya, namun ianya dipetik dari kenyataan para netizen di media sosial.

4. Ruffedge Bikin Axiata Gamat!

Kemunculan Ruffedge benar-benar bikin stadium Axiata gamat! Setelah sekian lama akhirnya, kumpulan ini muncul semula dan turut disorak ramai peminat termasuk rakan – rakan artis!

5. Ramai Yang Mahukan Sherry Al-Hadad dan Aliff Satar Sebagai Pengacara AME


Sherry Al-Hadad dan Alif Satar turut diundang menjadi pengacara jemputan AME. Melihatkan gandingan mereka yang cukup serasi, ramai peminat mahukan kedua-dua selebriti ini menjadi pengacara AME.

Tidak dinafikan pada AJL terdahulu gandingan mereka turut dipuji. Perfecto!

6. Syamel Dan Ernie Rosakkan Lagu Perfect?

Ramai yang kecewa sebenarnya tatkala gandingan vokal duo terbaik, Syamel dan Ernie tidak menyanyikan lagu berhantu mereka, Ada Cinta.

Sebaliknya mereka mendendangkan lagu Perfectdari Ed Sheeran dan turut menerima kecaman apabila dikatakan telah merosakkan lagu tersebut. Apa kata anda?

7. Rambut Ernie Zakri Persis Bawang


Selain daripada itu, Ernie turut menerima kecaman netizen apabila dandanan rambutnya pada malam itu kelihatan seperti bawang. Akuinya sambil berseloroh, Ernie tetap memuji jurusolek yang membuat dandanan rambutnya.

8. Neelofa Hampir Tersadung Di Atas Pentas

Ketika bergandingan bersama Zul Ariffin di atas pentas, Neelofa turut hampir tersadung kerana pakaian yang digayakannya kelihatan seperti meleret.

Mujurlah Zul berada disitu dan sempat memaut tangan aktor itu. Namun insiden tersebut turut menjadi ‘bahan’ Nabil pada malam itu.

9. Kemunculan Hantu Kak Limah Di AME 2018

gambar : MeleTOP
Sebelum munculnya ‘hantu kebaya merah’ yang tular baru-baru ini, Hantu Kak Limah sudah punyai fenomena nya sendiri.

Malah kemunculannya di AME 2018 turut menggamit keadaan sebagai tanda hantu ini bakal ‘kembali’ tidak lama lagi.

10. Anugerah Neelofa


gambar : MeleTOP
Maafkan kami sekiranya kami asyik menyebut nama Neelofa. Namun begitu tidak dinafikan AME 2018 adalah milik Neelofa kerana tumpuan banyak diberi padanya.

Yang menjadi kritikan pedas netizen adalah ‘dia sendiri host, dia sendiri tercalon, dia sendiri announce, dia sendiri jugak umumkan pemenang. Then nak sampaikan hadiah pun dia sendiri’ . Deep!

Sumber – Hangat.com

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password