Wartawan Utusan gagal saman Shila Amzah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman dua wartawan hiburan masing-masing dengan akhbar Kosmo dan Utusan Malaysia berhubung penyiaran artikel didakwa berunsur fitnah ke atas penyanyi Shila Amzah dan bapanya, ND Lala.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Firuz Jaffril berkata Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah serta bapanya ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh adalah terlindung dengan ulasan yang saksama dan perlindungan bersyarat.

“Kedua-dua defendan berhak untuk memberi komen tersebut dalam menjaga reputasi mereka,” kata Mohd Firuz.

Beliau juga mengarahkan wartawan Kosmo Maliah Surip, 36, dan wartawan Utusan Mohd Ifqdar Abdul Rahman membayar kos berjumlah RM30,000 kepada Shila dan ND Lala.

Kedua-dua wartawan tersebut telah memfailkan saman atas kapasiti diri sendiri.

Pasangan penyanyi anak beranak itu diwakili oleh peguam bela Mahendra Kumar manakala Ella Zuraini Mat Zin dan Umi Farhanah Mohd Nasir mewakili kedua-dua wartawan tersebut.

Mohd Ifqdar dan Maliah dalam samannya mendakwa kewibawaan mereka dipersoalkan oleh kedua-dua penyanyi itu pada sidang akhbar yang diadakan di Mega Music World, Cheras pada Sept 24, 2014.

Shila sebelum ini menfailkan saman terhadap Maliah dan Kosmo tetapi Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak saman berkenaan dengan kos RM20,000.

 



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password