“Warna Lebih Cerah Dari Daging Lembu, Urat-Urat Daging Juga Berlainan” – Suri Rumah Kongsi Cerita Terbeli Daging Babi Di Pasar Selayang

 

Niat seorang suri rumah hendak memasak asam pedas terbatal apabila daging beku yang dibelinya adalah ‘daging babi’.

Pada mulanya, beliau berasa was-was terhadap daging tersebut lalu membuat semakan di laman Google dan mendapati warna ‘daging babi’ adalah seperti itu.

“Nak defrost daging konon nak buat asam pedas daging menu hari ni. Tapi tengok warna daging tu lain. Timbul syak yang itu daging khinzir.,” tulisnya dalam laman Facebooknya.

“Hati dah mula was-was. Buat semakan di laman Google dan ia sememangnya warna daging khinzir seperti itu.”

Jelasnya, daging itu telah dibeli oleh suaminya, di sebuah pasar di Selayang. Sebelum ini, mereka pernah membeli daging di situ tetapi tidak mengalami masalah ini.

“Warna daging itu lebih cerah dari warna daging lembu. Yang ini beli daging beku yang dalam packing itu. Tetapi dia dah dipotong di kedai. Urat-urat daging pon lain.”

“Yang jual di pasar itu kan ramai Myanmar. Tauke dia tak tahu bangsa apa,” jelasnya ketika membalas persoalan rakan Facebooknya.

Bagi mendapat kepastian lebih, beliau telah bertanya kepada jirannya berbangsa Cina, yang memaklumkan daging tersebut sememangnya ‘daging babi’.

Rata-rata rakan Facebooknya menyarankan agar beliau membuat laporan kepada pihak berwajib berkenaan perkara tersebut bagi mengelakkan pengguna lain turut terkena.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam membeli daging sejuk beku.

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password