WANITA BERBIKINI

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: WANITA BERBIKINI

 

Siapa yang melihat muzik video (MV) penyanyi rap Joe Filzow bertajuk ‘Drop’, pasti mengetahui kehadiran wanita berbikini yang telah mengundang pelbagai kritikan dan kecaman.

Menurut Joe, dia tidak kisah sekiranya klip video ‘Drop’ dianggap kebaratan oleh netizen kerana setiap orang mempunyai hak untuk memberikan pendapat.

Joe juga tidak menafikan kemunculan wanita berbikini dalam MV itu turut membantu menyumbang jumlah penonton di laman YouTube.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 39, berkata isu tersebut membuatkan netizen ingin mengetahui siapakah wanita dalam MV tersebut.

“Saya akui ada yang tak minat genre muzik rap atau hip hop seperti ini turut menonton MV lagu tersebut kerana mahu tahu tentang gadis Brazil itu. Saya tak nafikan mereka ini turut menyumbang kepada jumlah tontonan di laman tersebut,” katanya.

‘Drop’ yang diarahkan oleh Shimy Julaini menerima lebih 1.3 juta tontonan sejak ia dimuatnaik pada 23 November tahun lalu.

Sementara itu, Joe berkata dia tidak kisah dengan kritikan netizen dan mengambil sikap tidak mahu membaca komen-komen yang ditinggalkan.

“Saya tahu ada yang kritik penampilan gadis tersebut tapi saya lebih senang untuk tidak membaca komen tersebut.

“Rata-rata yang memuji adalah peminat genre muzik ini dan yang memberi kecaman adalah mereka yang bukan penggemarnya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Joe bakal mengeluarkan single terbaharu berkolaborasi bersama penyanyi Alif (bekas ahli kumpulan Sleeq) dan dijangka dilancarkan sebelum bulan Ramadan tahun ini.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password