Wang Kripto mungkin dilarang di Malaysia

Penjualan semua wang kripto berkemungkinan dilarang di Malaysia, dan Bank Negara Malaysia akan membuat keputusan mengenai larangan itu akhir tahun ini.

“Tindakan ini (larangan jualan) akan kita putuskan akhir tahun ini,” kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim ketika ditanya sama ada Malaysia juga akan mengharamkan penjualnya, seperti China.

Selain China, Korea Selatan juga mengumumkan larangan penawaran syiling permulaan, kaedah bagi syarikat pemula niaga mengumpul dana permulaan mata wang kripto.

Garis panduan yang ditetapkan oleh BNM pada akhir tahun ini dijangkakan menetapkan pendekatan negara terhadap mata wang kripto, katanya selepas pelancaran Persidangan Antarabangsa mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan di Kuala Lumpur hari ini.

Namun, jika keputusan membenarkan penggunaannya, garis panduan akan menetapkan kaedah menangani isu ini, dari segi mendaftar peserta, ‘mengumpul data serta memastikan semua (aktiviti) yang mereka lakukan akan dibuat secara (telus)’.

“Tunggulah, sekarang baru Oktober, dalam tempoh kurang dari tiga bulan, kami akan memberikan butirannya,” katanya ketika terus diminta mengulas mengenainya.

Muhammad berkata garis panduan itu juga akan menangani risiko yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di Malaysia.

– Bernama



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password