“Walau Ini Perkahwinan Kedua Saya, Tapi Rasa Macam Kali Pertama Kahwin, Dia Gemuruh Saya Pun Sama”- Dynas Mokhtar..

“Walau Ini Perkahwinan Kedua Saya, Tapi Rasa Macam Kali Pertama Kahwin, Dia Gemuruh Saya Pun Sama”- Dynas Mokhtar..

 

Pelakon drama Syurga Yang Kedua, Dynas Mokhtar, 35, akui berasa gementar menunggu hari pernikahannya dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din, 36, pada 21 April depan.

Kata Dynas, walaupun ini merupakan perkahwinan keduanya namun debarannya, sama seperti kali pertama berkahwin.

“Alhamdulillah, persiapan semua dah hampir siap cuma ada beberapa perkara lagi yang akan dibuat pada saat-saat akhir termasuklah persalinan perkahwinan.

“Memang berdebar menghitung hari, disebabkan dia gemuruh saya juga ikut sama.

“Saya rasa perasaan itu datang disebabkan kami mahu segalanya berjalan dengan lancar terutamanya untuk dia kerana ini merupakan perkahwinan pertamanya.

“Secara jujurnya walaupun ini perkahwinan kedua saya namun perasaan yang saya rasakan sekarang tetap sama seperti orang yang baru pertama kali nak kahwin,” katanya.

Dynas ditemui pada majlis perlancaran restoran 4Play Seafood & Co bertempat di Publika, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Dynas memberitahu dia bersyukur kerana mendapat permulaan yang baik untuk tahun 2018.

“Saya teruja untuk mempunyai sebuah keluarga yang sempurna dan tahun ini merupakan permulaan tahun baru yang baik buat kami,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dynas turut memperkenalkan kerjaya barunya sebagai Pegawai Pemasaran di Restoran 4Play Seafood & Co.

Majlis pernikahan Dynas pada 21 April depan akan berlangsung di rumah ibunya bertempat di Shah Alam.

Manakala majlis bertandang akan diadakan pada 28 April dan majlis resepsi bakal berlangsung pada 5 Mei.

Dynas telah mengikat tali pertunangan dengan Shazrik pada 26 Ogos tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas dikurniakan dua cahaya mata, Khyra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password