Visa Tamat Tempoh, 8 Sekeluarga Enggan Pulang Ke Negara Asal Takut Dibunuh Oleh Pemerintah Negara, Jadikan Lapangan Terbang Bangkok Sebagai Tempat Tinggal Selama 3 Bulan..


BANGKOK: Kerana takut dibunuh pemerintah Zimbabwe, lapan sekeluarga menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok sebagai rumah kedua selama hampir tiga bulan.

Keluarga itu yang termasuk empat kanak-kanak di bawah usia 11 tahun, tiba di Bangkok pada Mei lalu dan semenjak itu mereka tidak pulang ke Zimbabwe.

Namun, pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi perlu diberi pujian kerana masih memberikan kebenaran kepada keluarga terbabit.

Walaupun Zimbabwe kini tidak lagi ditadbir Robert Mugabe, namun mereka mendakwa krisis dalaman masih berlangsung di negara itu dan mereka masih belum bersedia untuk pulang.
