(Video)Bila Mangsa Buli Balas Dendam, 7 Maut Dan 19 Cedera Kena Tikam Ketika Pulang Dari Sekolah

Seorang lelaki berusia 28 tahun di China, ditahan pada Jumaat lalu selepas membunuh 7 dan mencederakan 19 orang lagi pelajar sekolah dalam satu kejadian serangan menggunakan pisau.

Suspek yang dikenali sebagai Zhaou, membunuh 5 pelajar wanita dan 2 pelajar lelaki dengan cara menikam ketika pelajar-pelajar tesebut dalam perjalanan pulang ke rumah setelah tamat waktu persekolahan di sebuah sekolah sekitar pukul 6 petang. Manakala mangsa yang cedera di rawat di hopital berdekatan namun nasib mereka tidak diketahui.

Suspek yang merupakan bekas pelajar sekolah yang sama mendakwa bertindak sedemikian kerana masih menaruh dendam terhadap rakan sekelasnya disebabkan kejadian buli yang terpaksa dialaminya sebelum ini.

Foto-foto di lokasi kejadian yang tersebar di media sosial nyata mengejutkan ramai pihak. Netizen-netizen di negara tersebut turut menjalankan kempen derma darah bagi menyelamatkan mangsa tikaman penjenayah tersebut.

.

Serangan menggunakan pisau bagaimanapun adalah perkara yang kerap nerlaku di China disebabkan kawaan ketat terhadap pemilikkan senjata api yang dikenakan ke atas rakyatnya.

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password