(Video) Tular Video Ayah Dan Anak Seberang Sungai Melalui Jambatan Uzur, ADUN Jelai Tampil Beri Penjelasan

 

2 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah menafikan bahawa beliau tidak memberikan perhatian untuk membantu membaik pulih Jambatan Gantung Kampung Pamah Aur, Lipis, Pahang.

Menurut beliau, permohonan telah dibuat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membaik pulih jambatan tersebut dan telah pun diluluskan pada 21 Disember lalu.

“Saya rasa kesal dengan apa yang telah diviralkan oleh isteri saudara Jalil ini. Bila penerangan diberikan kepadanya, dia telah berpuas hati,” katanya.
Katanya lagi kepada Astro Awani, jika ada sebarang masalah terus kemukan masalah tersebut kepada JKKK, Penghulu atau terus berjumpa beliau sendiri untuk bertanya dan mendapatkan maklumat.

Menerusi satu surat yang dikongsi kepada Astro Awani, peruntukkan yang berjumlah RM462,414.40 itu telah diluluskan JKR dengan arahan kerja baik pulih akan bermula pada 8 Januari dan berakhir pada 18 Mac 2018.

Beliau yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang menegaskan bahawa pihak JKKK sudah menyediakan bot untuk menyeberangi sungai tersebut.

“Perkara ini sebenarnya ini salah faham di mana kita dapat berbincang dan berborak seperti keluarga di mana saya menegaskan dalam apa juga keadaan utamakan keselamatan,” ujarnya

Jalan alternatif untuk ke sebarang jalan telah pun disediakan namun, jalan tersebut tidak boleh digunakan buat sementara waktu akibat ditenggelami air banjir.

Hari ini, telah tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Siti Zaharah Othman yang menunjukkan suami serta anaknya terpaksa menyeberangi sungai untuk ke sekolah melalui sebuah jambatan yang telah rosak.

Selain kecaman terhadap Kerajaan Negeri yang dilihat gagal menyediakan infrastruktur sempurna kepada masyarakat, ada juga netizen yang mengecam tindakan ibu bapa tersebut yang dilihat sanggup menggadai nyawa anak mereka. – Siakapkeli.my

Sumber: Awani

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password