(VIDEO) “Tiap Hari Saya Berdoa Dan Puja Trump.” 3 Tahun ‘Usung’ Gambar, Lelaki Ini Sembah Trump Anggap Macam ‘Tuhan’.

(VIDEO) “Tiap Hari Saya Berdoa Dan Puja Trump.” 3 Tahun 'Usung' Gambar, Lelaki Ini Sembah Trump Anggap Macam ‘Tuhan’.

SEBELUM Donald Trump menjadi pemimpin lagi, Bussa Krishna menganggap presiden Amerika Syarikat (AS) itu begitu istimewa.

Sejak tiga tahun lalu, petani berusia 31 tahun dari Hyderabad, India, ini telah membawa gambar Trump bersamanya dan berdoa untuknya beberapa kali dalam sehari.

Dia juga membuka halaman Facebook, di mana dia menyiarkan video dan gambar-gambarnya melakukan upacara puja mengikut kepercayaan penganut Hindu, di sebuah kuil di kampung Konne di Telengana.

“Keluarga dan penduduk kampung kata saya gila. Mereka pernah cadang saya jumpa ahli psikologi. Saya beritahu mereka saya tak perlu buat macam tu, mungkin mereka yang perlu sebab dia adalah tuhan saya dan saya tidak terganggu dengan apa orang mahu kata,” katanya, menurut berita Australia 9 News.

Stesen itu menyiarkan bagaimana dia bermeditasi di bawah pokok sambil memegang gambar presiden AS ke-45.

Image result for Bussa Krishna

Sama ada pergi ke kedai atau ladang, dia sentiasa membawa gambar Trump bersamanya.

“Saya melakukan pemujaan kepada Trump sama seperti kami memuja tuhan-tuhan kami,” katanya.

Namun pengabdiannya itu telah menyebabkan beberapa orang terganggu. Ibu bapanya juga bosan dengan dirinya dan telah keluar rumah.

Seorang jiran, Sathayalkshimi, memberitahu 9 News: “Dia selalu kata ‘Trump adalah tuhan saya, dia berada dalam hati saya, saya sangat menyukainya jadi saya terus menyembahnya’.

“Setiap hari dia melakukan puja ke atas foto Trump. Dia telah melakukan ini selama tiga tahun lalu.”

Di laman Facebook Krishna, yang mempunyai lebih daripada 4,500 rakan, ramai pengguna dari seluruh dunia telah menyiarkan komen sokongan.

Matt Fitzgibbons menulis: “Ramai tertanya-tanya adakah anda menyembah Presiden Trump seperti tuhan atau adakah anda meraikan dan mengagumi dia?”

Image result for Bussa Krishna

Matlamat Krishna adalah untuk membina sebuah tempat suci khusus untuknya dalam tempoh enam bulan akan datang.

VIDEO:

 

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password