(VIDEO) Terharu! Kanak-Kanak Ini Tidak Dapat Melihat Warna Sejak Lahir, Apabila Pertama Kali Dapat Melihat Warna Dengan Cermin Mata Khas Yang Di Hadiahkan Oleh Bapanya, Dia Terus Berlari Dan Memeluk Bapanya…

Untuk pertama kali dalam hidupnya, seorang budak lelaki berusia 10 tahun kini dapat melihat daun yang gugur ketika musim luruh berubah kepada pelbagai warna kuning dan merah, kemudian kembali ke warna hijau terang apabila musim bunga tiba. Untuk pertama kalinya juga, dia akan dapat melihat lampu Krismas berwarna merah dan hijau yang menyusuri tepian dan sekitar rumah di kawasan kejiranannya.



Ezra Manzano yang tinggal bersama keluarganya di California Selatan tidak dapat melihat warna-warna ini sebelumnya kerana dia menghidapi sejenis buta warna yang dikenali sebagai protanopia iaitu ketidakupayaan untuk melihat warna merah dan hijau.

0813_nws_rpe-l-colorblind-wbox-fdb-01

Penyakit ini lebih kerap berlaku pada lelaki iaitu sehingga lapan peratus berbanding hanya 0.5 peratus pada wanita.

Tetapi pada awal tahun ini, ibu bapa Ezra telah mendapatkan sepasang cermin mata khas untuknya dari Enchroma iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di California yang membantu orang yang buta warna untuk melihat dunia dengan warna sebenar.

Keluarga Manzano telah merakam aksi Ezwa buat kali pertama memakai cermin mata itu dan berkongsi dengan dunia. Rakaman ini bermula dengan seluruh keluarga berada di halaman belakang rumah dan Ezra melihat-lihat keadaan sekeliling tanpa memakai cermin mata tersebut. Tiada apa yang istimewa.



Tetapi sebaik sahaja Ezwa memakai cermin mata itu, dia menunjukkan kekagumannya,”Rumput kelihatan lebih baik, semuanya kelihatan lebih bagus!”

Ezra juga dapat memilih enam warna belon yang menarik di atas meja.

Ezra tidak dapat menahan air mata kerana terlalu gembira dengan apa yang dilaluinya itu, lantas memeluk ayahnya dan mengucapkan ‘terima kasih’ kepada ayahnya.

“Ia benar-benar membuka dunia baru baginya,” kata ayahnya Matt Manzano. “Sebelum ini, dia akan berjalan di jalan yang lurus. Sekarang, dia dapat melihat sekeliling bunga, bangunan dan lampu, iaitu perkara yang tidak dihargai sebelum ini kerana ia hanya kelihatan hambar.”



Jom tonton video tindak balas luar biasa Ezra terhadap semua warna di sekelilingnya dalam video di bawah ini dan kongsikan rakaman yang penuh bermakna ini kepada kenalan yang lain!

VIDEO:



Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password