( Video ) Selepas ‘Chantiq’, Jozlynn bagi nama ‘Moleiq’ untuk anak kelima

Selepas 'Chantiq', Jozlynn bagi nama 'Moleiq' untuk anak kelima

Setelah mendapat cahaya mata kelima pada Syawal ketiga lalu, pelawak dan penyampai radio Johan mendedahkan nama anaknya kepada umum.

Masih mengekalkan nama unik selepas anak keempatnya diberi nama Chantiq, pengumuman itu dibuat menerusi program MeleTOP dua minggu lalu.

.

.

Sebelum ni kami bagi ‘teaser’ sebagai baby C, bini saya nak letak nama Cherdiq tapi saya nak nama Moleiq.

“Jadi kami buat persetujuan untuk memilih nama Nur Latifah Moleiq Haninia.

“Ya la bila panggil Chantiq terus sebut Moleiq macam kita sebut ‘cantik, molek…,” katanya.

Selain itu, isterinya Ozlynn Wati ada memuat naik gambar terbaru bayi perempuan itu di laman Instagram milik mereka. Memang ‘semangat’ Moleiq ni!

“Ang pasaipa bonyohhhhhhh sgt??🤣 #NurLatifahMoleiqHanania #babygirl# motherof5 #masyaAllah,” tulis pelakon drama Apa Guna Berjanji itu di ruangan posting tersebut.

Johan dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Chantiq.

Sumber : MeleTOP , Jozlynn

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password