(VIDEO) “Memang Silap Saya, Saya Minta Maaf Kepada Altimet, Saya ‘Naik Sheikh’ Melihat Persembahan Beliau.” Iqram Dinzly Mohon Maaf Pada Altimet..

(VIDEO) "Memang Silap Saya, Saya Minta Maaf Kepada Altimet, Saya 'Naik Sheikh' Melihat Persembahan Beliau.” Iqram Dinzly Mohon Maaf Pada Altimet..

 

 

Menerusi laman mStar Online, Iqram Dinzly memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa berhubung isu dia mahu menceroboh pentas Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) pada Ahad lalu.

Related image

.

Related image

Iqram, 36, berkata, perkara tersebut tidak perlu dikecohkan kerana bukan ‘berkali-kali’ beliau mahu menceroboh pentas semasa Altimet membuat persembahan seperti didakwa.

“Memang silap saya, saya minta maaf kepada Altimet, saya ‘naik sheikh’ melihat persembahan beliau.

“Saya pun tidak sesempurna mana, cuma mahu beri sokongan kepada beliau,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon tersebut ditemui di rumahnya di Kota Damansara, pada Khamis.
Image result for altimet dan iqram

.

Image result for altimet dan iqram

Iqram akui teruja menyaksikan persembahan Altimet.

Altimet dalam satu kenyataannya di Twitter sebelum ini meluahkan rasa marah selepas mendapat tahu Iqram mahu menceroboh semasa dia membuat persembahan di AJL32.

Pihak TV3 pula berkata, pihaknya bernasib baik kerana berjaya menghalang pelakon itu yang didakwa beberapa kali berusaha mahu naik ke pentas semasa Altimet membuat persembahan.

Namun Iqram berjaya memenuhi hasratnya itu apabila dia berjaya menari bersama Hael Husaini pada acara penutup selepas penyanyi itu diumumkan sebagai juara AJL32.

Iqram berkata, dia tidak berasa apa-apa selepas membaca teguran Altimet itu yang mahu menyiku dan memberikan ‘buku lima’ (penumbuk) jika dia berjaya naik pentas.

“Saya tak rasa apa-apa membaca tweet tersebut, saya anggap sebagai teguran.

Iqram menari di pentas utama semasa persembahan penutup Juara AJL32, Hael Husaini.

“Insyaallah kita sama-sama belajar tentang adab dan adat,” katanya.

Sementara itu, Iqram melahirkan kurang senang dengan dakwaan dia beberapa kali cuba untuk menceroboh persembahan Altimet.

Related image

.

Related image

“Mana mungkin dihalang beberapa kali, selepas sekali dihalang saya terus ke belakang pentas untuk sesi temu ramah bersama Tonton.

“Tidak mungkin saya tipu, anda sendiri boleh melihat melalui skrin,” ujarnya.

Image result for altimet dan iqram
Pada acara itu, Altimet memenangi trofi Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumpah RM12,000.
Image result for altimet dan iqram

.

Image result for altimet dan iqram

.

Image result for altimet dan iqram

.

Image result for altimet dan iqram

Manakala Hael Husaini muncul sebagai juara AJL32 menerusi lagu Jampi.


VIDEO:

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password