(VIDEO) “Mak Ni Seorang Yang Tabaahhh Dan Penyabar Sangat. Dia Boleh Hidup Susah.. Dia Tak Kisah Pakai Barang Tak Mahal.” Terharu, Anak-Anak Baiki Rumah Dan Hadiahkan Kereta Baru Buat Ibu Tercinta..

(VIDEO) “Mak Ni Seorang Yang Tabaahhh Dan Penyabar Sangat. Dia Boleh Hidup Susah.. Dia Tak Kisah Pakai Barang Tak Mahal.” Terharu, Anak-Anak Baiki Rumah Dan Hadiahkan Kereta Baru Buat Ibu Tercinta..

HANYA ANAK DERHAKA MAMPU BALAS JASA IBU

Dari umah ni la atin membesar.

Setiap kali raya, kalau mak masak beriya, kite orang akan perli mak.

“Mok semangat-semangat masak, sapee nak datang beraya tu?”

Mak jawab sakit ati,

“Biar la! Aku yang nak makan!”

Rumah buruk. Sikit lagi nak runtuh. Sapeee nak datang kan? Kalau datang pun, jenguk ikut tingkap, sekadar ucap,

“Selamat Hari Raya. Mitok maaf banyokk.”

Lepas tu blah.

Sebenarnya nak cite kisah mak atin.

Mak ni seorang yang tabaahhh dan penyabar sangat. Dia bukan kaki shopping. Dia boleh hidup susah. Dia tak kisah pakai barang tak mahal.

Maklum laa. Dia tak keje. Surirumah sepenuh masa.

Kalau hujan mesti bocor

Sampai satu tahap, dia tak tahan da duduk rumah tu. Sebab dah teruk sangat.

Sejak atin kawin kali kedua, dia mula pikir. Camne menantu nak balik rumah. Camne menantu nak bermalam kat umah.

Rumah kayu ni memang takde ruang langsung nak tido sekelamin. Nak solat dan tukar baju pun duduk dalam bilik yang banyak barang. Bilik stor senang cite.

Kalau hujan, mesti bocor. Kalau ribut taufan, kena berjaga-jaga takut atap terbang.

Mak pun buat keputusan nak pindah rumah mak yang arwah ayah bagi mak. Berbelas tahun umah tu buat sewa. 400 sebulan buat belanja untuk 7 beradik.

Namun, pindah rumah bekas orang sewa. Keadaan teruk sangat. Mujur masa tu adik lelaki ada simpanan sikit, bantu mak belanja beli barang dan wiring suma.

Masa tu atin tak mampu lagi. Sedih tak dapat bantu mak hulur duit. Masa tu pun meminjam ngan adik nak survive baru lepas kawin.

Masa tu jugak waktu kejatuhan.

Dan lepas atin dah senang sikit, dan tengah prepare nak bersalin Falisha, atin niat nak bantu baiki rumah mak.

Alhamdulillah.

Sebelum atin bersalin, sempat suami tolong mak cat rumah mak, beli perabot. Baru nampak rupa rumah sikit.

Sekurangnya, lebih selesa.

“Saya pilih untuk gembirakan bonda dulu. Saya kemudian takpe.”

Tapi belum sempat atin bersalin, mak exciden kene langgar kete waktu bawak motor. Patah dua kaki. Agak dalam 3 bulan jugak mak duk atas katil je.

Masa tu suami jaga dua orang berpantang la. Atin tengah berpantang lepas bersalin. Mak berpantang sebab patah kaki.

Dedua bedridden.

Sampai sekarang, mak fobia nak naik moto. Agak payah dia nak ke mana-mana sebab takde kereta.

Mak memang tak pernah ada kereta pun.

Atin niat nak belikan kereta mak lepas atin ada rumah sendiri. Atin simpan niat tu. Tapi Allah ketuk pintu hati untuk bagi cepat, melalui Cikgu June Mohd Som.

Cikgu kata,

Saya pilih untuk gembirakan bonda dulu. Saya kemudian takpe.”

Tersentak atin dengan kata-kata tu. Atin sibuk nak tunggu rumah sendiri dulu. Padahal, mak tu kita tak tahu lama mana lagi bersama dengan kita.

Walau tengah bizi setup HQ, seminggu sebelum raya atin decide nak hadiahkan mak kereta baru. Namun, tak sempat raya dan tak sempat jugak arwah ayah tengok.

Takpe la..

Sekurangnya, atin dapat gembirakan dia di saat arwah ayah baru pergi. Dan atin sebagai wakil adik-adik lain jugak hadiahkan mak kete ni.

Fuhh!

Lega rasa. Sekarang boleh kejar impian atin pulak. Baru rasa tak tersangkut da.

Image may contain: 1 person, car

Walau camne pun, ia bukan tanda jasa mak dah terbalas. Kita sebagai anak takkan mampu nak balas jasa mak ayah.

Jika kita kata kita dah balas jasa mak ayah, kita anak derhaka.

#SebabNakKaya

 

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password