(Video) Lelaki Maut Terjun Dari Tingkat Atas Masjidil Haram Dipercayai Bunuh Diri

Seorang jemaah dipercayai warga Perancis pada hari Jumaat lalu dilaporkan membunuh diri di Makkah Masjid al Haram (Masjid Besar) ketika ribuan jemaah sedang menunaikan solat.

Memetik laporan daripada polis tempatan, insiden itu berlaku pada pukul 9:20 malam, ketika tiba-tiba seorang lelaki asing itu terjun dari atas bumbung masjid.

Lelaki itu menerima kecederaan serius selepas jatuh ke bawah dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Pihak pengurusan masjid memberitahu bahawa lelaki tersebut jatuh di kawasan Mataf dan menyebabkan tulang rusuk serta tulang yang lain turut patah.

Rakaman cctv menunjukkan kejadian lelaki itu melompat dari bumbung Masjidil Haram, kemudian jatuh dengan menghasilkan bunyi yang sangat kuat.

Polis tempatan memberitahu media bahawa kejadian ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Mekah, tanah suci Islam. Tahun lalu, seorang lelaki Saudi juga cuba membakar dirinya di hadapan Kaabah tapi sempat dihalang oleh pihak berkuasa. – The News

 

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password