(VIDEO) Lebih 1 Juta Tontonan, Video Ramadhan Palestin Ini Buat Orang Ramai Menitiskan Air Mata..

(VIDEO) Lebih 1 Juta Tontonan, Video Ramadhan Palestin Ini Buat Orang Ramai Menitiskan Air Mata..

Sebagai umat Islam, apa yang terjadi di Palestin kini sangat-sangat menyedihkan. Bagaimana lah nasib mereka tambahan lagi bila mengenangkan nasib anak kecil yang masih tidak tahu apa terjadi di sekeliling mereka. Lebih teruk apabila kedutaan Amerika Syarikat (AS) berpindah dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis serta pembunuhan rakyat Palestin.

Tindakan itu merupakan sejarah hitam terjadi di bumi Palestin gara-gara penguasaan Israel-Zionis. Sempena bulan Ramadhan ini, satu syarikat telekomunikasi telah membuat satu video mengenai situasi yang berlaku di Palestin. Apa yang menarik ialah adanya ‘pemimpin-pemimpin dunia’ dalam video tersebut.

Sebak, sebarkan mesej mendalam

Syarikat telekomunikasi dari Kuwait, Zain telah mengeluarkan satu video mengenai seorang kanak-kanak pelarian ingin berkongsi situasi serta kesengsaraan umat Islam di seluruh dunia terutama sekali di Palestin dan di Myanmar. Video itu telah mendapat lebih 1 juta tontonan di YouTube dimana ramai pengguna medium sosial itu meluahkan rasa sedih.

Dalam video itu juga menunjukkan pelakon menyerupai pemimpin terkenal dunia seperti Donald Trump (Amerika Syarikat), Vladimir Putin (Rusia) dan Angela Merkel (Jerman). Pemimpin dari Korea Utara, Kim Jong Un turut digambarkan dalam video itu berkaitan penindasan terhadap kaum Rohingya di Myanmar.

Ini antara komen orang ramai;

.

.

.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password