(VIDEO) Konon Nak Jimat Kos Basuh Kereta, Tapi Malang Tak Berbau, Kereta Tenggelam Dalam Air Sungai..

(VIDEO) Konon Nak Jimat Kos Basuh Kereta, Tapi Malang Tak Berbau, Kereta Tenggelam Dalam Air Sungai..

SEORANG lelaki warga China sanggup memandu kenderaan pacuan empat rodanya semata-mata mahu menjimatkan belanja servis mencuci kereta.

Namun gara-gara mahu menjimatkan AS$3 (RM12.19) bagi perkhidmatan itu, namun kos sebenarnya mungkin lebih tinggi daripada apa yang hendak dijimatkan.

Menurut laporan Jabatan Bomba di Dujiangyan di wilayah Sichuan, China pada minggu lalu, seorang lelaki tempatan terpaksa diselamatkan dari sungai berdekatan selepas dia memandu kereta Land Rover SUV ke sungai bagi mencuci kenderaan itu.

Bagaimanapun, kenderaannya tersangkut dalam kejadian itu.

Lelaki berkenaan memberitahu penyelamat bahawa dia mahu mencuci keretanya supaya tidak perlu ke kedai mencuci kereta dan membayar menggunakan khidmat tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka pintu empangan dibuka menyebabkan paras air meningkat di sungai itu secara tiba-tiba.

Sebelum pemandu kedekut itu kembali ke keretanya dan beredar, air sungai deras hampir menenggelamkan keretanya.

Namun dia bernasib baik kerana kenderaannya tersangkut pada sebuah ‘pulau kecil’ di tengah sungai, menyebabkan dia terkandas dan mengharapkan keretanya tidak dihanyutkan air deras.

“Keretanya pasti sudah bersih sekarang,” kata seorang netizen bergurau menerusi komen di laman sosial Weibo.

Rata-rata netizen menjadikan kisah kedekut lelaki itu sebagai bahan jenaka, dengan memberi komen mengenai idea ‘bernas’nya itu.

“Dia tidak sekadar menjimatkan tiga dolar. Dia menyelamatkan bumi dengan satu lagi pembaziran tenaga, air minuman dan pencemaran menerusi sebuah syarikat mencuci kereta.

“Saya mencuci kereta menggunakan air hujan atas sebab yang sama,” katanya. – odditycentral

VIDEO:

 

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password