(VIDEO) “Kamu Sangat Jahat, Apa Yang Kamu Kata Mengenai Saya? Cakap! Cakap Bahasa Saya. Apa Yang Kamu Kata?” Tular Nenek 79 Tahun ‘Kerjakan’ Amah..

(VIDEO) "Kamu Sangat Jahat, Apa Yang Kamu Kata Mengenai Saya? Cakap! Cakap Bahasa Saya. Apa Yang Kamu Kata?” Tular Nenek 79 Tahun 'Kerjakan' Amah..

 

Image result for POLIS menahan seorang wanita berusia 79 tahun

POLIS menahan seorang wanita berusia 79 tahun selepas video Facebook ‘live’ menunjukkan dia menampar dan mengugut untuk membunuh pembantu rumah Indonesianya tular.

Video itu menunjukkan suspek berulang kali memukul pembantunya di muka dan mulut manakala pembantunya dapat didengar berkata dalam bahasa Indonesia: “Oh Tuhan, saya dipukul. Saya tak boleh terima dia cakap macam tu kepada saya.”

Kejadian itu dilaporkan berlaku di daerah Wong Tai Sin di Hong Kong.

Majikan yang hanya dikenal pasti sebagai Pang itu telah ditangkap kerana melakukan serangan dan intimidasi jenayah.

Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin dan harus melapor diri kembali ke balai polis minggu depan, lapor Sing Tao Daily.

Apple Daily melaporkan bahawa Pang tinggal di sebuah apartmen di Grand View Garden di Wong Tai Sin dan mengupah pembantu berusia 35 tahun tahun lepas.

Dia juga mempunyai seorang anak lelaki yang tinggal dan bekerja di tanah besar dan akan pulang ke Hong Kong sekali seminggu untuk melawatnya.

Menurut akhbar itu, yang berjaya menghubungi pembantu berkenaan, insiden yang dirakamkan itu adalah kali ketiga dan dalam dua kejadian terakhir, anak lelaki Pang meminta pembantu itu untuk memaafkan ibunya.

Dalam video tersebut, majikan itu didengar berkata: “Kamu sangat jahat, apa yang kamu kata mengenai saya? Cakap! Cakap bahasa saya. Apa yang kamu kata? Guna bahasa Cina.”

Majikan itu juga dilihat melakukan penderaan fizikal terhadap pembantunya di tempat tidur, menghalaunya, memanggil pembantu itu ‘tak guna’, menyalahkannya kerana membuat dirinya naik angin, bahkan mengancam untuk membunuhnya.

Video itu mencetuskan kutukan yang meluas di Facebook, dengan ramai yang menggesa pembantu itu menghubungi polis.

Ia juga menimbulkan kebimbangan mengenai peraturan mandatori yang memerlukan pembantu rumah untuk tinggal dengan majikan mereka.

Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Hong Kong menolak hujah aktivis bahawa peraturan itu menyebabkan pembantu rumah terdedah kepada penyalahgunaan dan eksploitasi.

Hakim mengatakan aturan itu tidak melanggar hak asasi, dan jika pembantu tidak sukakan peraturan untuk mereka tinggal dengan majikan, mereka boleh berhenti kerja atau tidak datang ke Hong Kong sejak awal lagi.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password