(VIDEO) “Ini Rupanya Kerja Dia, Pakai Topi Anak Aku Buat Smule”- Pembantu Rumah Erma Fatima Kantoi!..

(VIDEO) "Ini Rupanya Kerja Dia, Pakai Topi Anak Aku Buat Smule”- Pembantu Rumah Erma Fatima Kantoi!..

 

Pengarah Erma Fatima berjaya mengesan aktiviti yang dilakukan oleh pembantu rumahnya ketika dia tidak ada di rumah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Erma telah berkongsi sebuah video pembantu rumahnya bernama Ipah sedang seronok menyanyikan lagu Andai Kini nyanyian artis dari Indonesia, Yelse menerusi aplikasi Smule.

“Baru aku tahu, bila aku tak ada di rumah ini kerja dia. Pakai topi anak aku dan buat smule. 

“Tak sangka dia pandai guna ‘Smule’, ini mesti anak aku yang ajar. Siap ada effect belon bagai. Sengkuang,” tulisnya.

Dalam video tersebut, bukan sahaja ‘lagak yakin’ Ipah mencuit hati orang ramai malah Ipah turut memakai topi anak kepada artis tersebut.

Rata-rata peminat memuji Erma kerana bersikap terbuka dengan pembantu rumahnya.

Sementara itu, Erma juga gemar mengunakan media sosial untuk berkongsi aktiviti sehariannya bersama keluarga selain memuat naik aktiviti memasak bersama dua pembantu rumahnya yang sangat ‘sporting’.

Text: Astro Awani

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password