[VIDEO] “Hai Sayang! Sayang Rindu Abang Tak??” – Bersemut Habis Drama Zul Ariffin Di Malam AME18 Sampai Neelofa Nak Terjatuh!

[VIDEO] “Hai Sayang! Sayang Rindu Abang Tak??” – Bersemut Habis Drama Zul Ariffin Di Malam AME18 Sampai Neelofa Nak Terjatuh! – MEDIA OHSEM
Pasti ramai yang melekat di kaca televisyen menonton Anugerah Meletop Era 2018 (AME18) pada malam tadi bukan?Selain persembahan artis dan ucapara menyampaikan anugerah, nampaknya drama romantis antara pelakon Zul Ariffin dan Neelofa menjadi perbualan penonton.Mana tidaknya, aksi Zul yang memanggil Neelofa dengan panggilan ‘sayang’ menggamitkan suasana!

Tidak hanya itu, pertanyaan Zul nampaknya membuat Neelofa keruan sehingga hampir terjatuh. Nasib baiklah sempat berpaut pada Zul, kalau tidak haru jadinya!

Video berdurasi 2 minit yang dimuat naik di laman MeleTOP itu meraih lebih 200k tontonan sejak dimuat naik malam tadi.

Beberapa bulan yang lalu difahamkan Zul dan Neelofa bergandingan bersama dalam drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari arahan Michael Ang.

Zul dan Neelofa turut menerima kecaman netizen selepas gambar mesra mereka tersebar.

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password