(Video) Dakwa Anak Saudaranya Hilang Kuku Dan Ada Kesan Lebam Akibat Dicubit, Wanita Dedah Rakaman CCTV Gelagat Guru Di Sebuah Taska

Seorang wanita yang dikenali sebagai Ayang Retroholic memuat naik satu status di laman sosial Facebooknya yang mendakwa bahawa berlaku sesuatu yang tidak kena dengan sebuah taska yang dihadiri oleh anak sedaranya di Johor.

Wanita itu pada awalnya memaklumkan bahawa wujud kesan lebam pada badan dan lengan anak saudaranya yang dipercayai akibat dicubit. Malah, dia juga mendakwa bahawa berlaku kerosakkan pada kuku jari kanak-kanak tersebut.

.

Apabila menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan taska yang dihadiri oleh anak saudaranya, wanita ini kemudian hadir ke taska tersebut untuk meminta penjelasan.

Bagaimanapun katanya, pemilik taska tersebut pada awalnya enggan memberi kerjasama. Setelah didesak, pemilik taska tersebut kemudian memberi keizinan untuk melihat rakaman kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di taska tersebut.

Ujarnya lagi, hasil penilitian ke atas rakaman berdurasi 4 jam itu, wanita ini mendakwa menemui sesuatu yang mengejutkan memandangkan dia turut mempunyai pengalaman menjadi guru sebelum ini serta tahu dengan selok belok ketika mengajar.

Sehubungan itu katanya, satu laporan polis telah dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai Jaya bagi mendapatkan keadilan untuk anak saudaranya.

Dalam satu kemas kini yang lain, wanita ini turut berkongsi satu rakaman CCTV yang merakam suasana di dalam taska tersebut. Melalui rakaman tersebut, kelihatan seorang wanita dipercayai salah seorang tenaga pengajar di taska tersebut memukul seorang kanak-kanak yang sebelum itu diarahkan berdiri di atas kerusi hingga menangis.

Dia juga mendakwa kanak-kanak ini tidak diberi makan dari awal pagi sehingga sekitar pukul 12 tengah hari selain turut mempersoalkan kaedah pengajaran yang diamalkan di taska tersebut.

Namun kata wanita itu, kanak-kanak yang menjadi mangsa di dalam video tersebut bukan anak saudaranya. Katanya, ia mungkin menjadi punca kepada keenganan anak saudaranya untuk menghadiri ke taska tersebut walaupun baru 4 bulan mendaftarkan diri.

Selain itu terdapat beberapa posting
dikalangan netizen bersangkutan dgn kes yang sama.

.

.

 

 

Sumber : Ayang Retroholic

 

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password