(Video) “Bang, Tolong Call Bos Saya, Bagitahu Dia Saya Akan Lewat Sikit”, Staf Masih Fikir Bos Walau Baru Lepas Kena Langgar Bas

 

5 Mac lalu menyaksikan sebuah kemalangan telah berlaku di Pan Island Expressway (PIE) menuju ke aras Tuas, Singapura melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 35 tahun dengan sebuah bas.

Ketika kejadian pada petang Isnin lalu, Razali yang berkhidmat dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan Singapura sedang menuju ke rumahnya di Johor Bahru dari tempat kerjanya di Eunos, Singapura.

Razali menerusi laman Facebook miliknya telah berkongsi pengalaman beliau menyelamatkan lelaki berkenaan.  Apabila melihat tiada sesiapa yang memberi pertolongan, dia terus menghentikan motosikalnya ditepi bahu jalan untuk membantu mangsa yang sudah terbaring di lebuh raya terbabit.

Sementara menunggu pasukan perubatan untuk tiba, Razali yang juga merupakan warganegara Malaysia memberikan pertolongan cemas keapda mangsa, namun apa yang berlaku selepas itu membuatkan Razali tergamam!

Mangsa tiba-tiba mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor kemudian menyerahkan telefon tersebut kepada Razali sambil berkata, “bang, tolong call boss saya, bagitahu dia saya lewat sikit.”

.

Terkejut dengan tindakan lelaki tersebut, Razali membantunya memaklumkan kepada bos lelaki berkenaan dan kagun dengan keadaannya walaupun sedang sakit namun lebih memikirkan kerja serta majikannya.

Razali kemudian memuatnaik video tersebut di Facebook Sg Road Vigilante dengan niat semoga akan ada ramai lagi rakyat diluar sana yang berhati mulia untuk membantu orang yang sedang tenat dan memerlukan bantuan seperti kejadian yang dialami olehnya.

Tindakan berani dan baik hati Razali itu rata-rata mendapat pujian daripada netizen.  Ramai yang menyatakan rasa bangga terhadapnya kerana sanggup memberikan bantuan kepada mangsa.  Dalam pada itu, Razali juga berpesan agar tidak mengambil kesempatan jika berlaku kejadian seperti itu dengan melakukan sesuatu yang tidak baik seperti mencuri barangan mangsa.  Baginya, biarlah menghulurkan bantuan dengan ikhlas dan tidak mengharapkan sebarang balasan.

“Pelajari dengan betul dan bantulah mangsa yang memerlukan. Jangan ambil dan muat naik gambar atau video mangsa, serta jangan sebarkan maklumat peribadi, biarkan polis melaksanakan tugas mereka,” ujar Razali.

Kepada Razali, syabas dan terima kasih kami ucapkan! Tindakan anda wajar dijadikan contoh.  Kepada mangsa pula, kami doakan agar anda cepat sembuh.

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password