(VIDEO) “Abang Tahu Adik Hati Kering, Tapi Biar Kena Tempat! Kalau Abang Laju Tadi…” -Shahrol Shiro Tegur Kanak-Kanak Yang Bebas Bawa Basikal Dengan Lagak Aksi Di Atas Jalan Raya..

 

“Abang Tahu Adik Hati Kering, Tapi Biar Kena Tempat! Kalau Abang Laju Tadi...” -Shahrol Shiro

Pelawak dan penyampai radio Shahrol Shiro menerusi sebuah entri Instagram (IG)nya menegur geng ‘basikal lajak’ yang menunggang secara berbahaya.

Dalam perkongsian tersebut Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, 34, memberitahu terserempak dengan lima penunggang ‘basikal lajak’ sedang menuruni bukit dengan cara berbahaya.

Bagaimanapun ketika sedang merakam aksi penunggang berusia dalam lingkungan 10 hingga 15 tahun itu, salah seorang daripada mereka terjatuh di tengah jalan raya.

Shahrol kemudiannya turun daripada kenderaannya dan membantu kanak-kanak tersebut.
Pada ruangan kapsyen video tersebut Shahrol sempat menegur kumpulan basikal tersebut dan telah mendapat sokongan sebahagian besar pengikut IGnya.

“Adik, abang tahu hati adik kering…hati kering biar kena tempat!

“Kalau abang laju dah tentu awak dekat bawah kereta dan abang ke dalam dulu untuk bantu siasatan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shahrol turut menyeru kepada ibu bapa agar memantau aktiviti anak masing-masing kerana mereka adalah harta tidak ternilai.

“Kepada ibu bapa, saya minta tolong sangat-sangat, pantaulah anak-anak anda. Mereka adalah harta yang tidak ternilai buat kita.

“Kepada adik-adik basikal lajak, kalau kawan tanya nak ‘berembat’ on tak on? Jangan kasi on! Adik-adik mampu merubahnya,” tulisnya lagi.

Video yang dikongsi Shahrol itu telah ditonton lebih 750 ribu kali dan dikomen lebih 1 ribu pengguna laman sosial.


Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password