Vaksin Denggi pertama dunia, Dengvaxia digantung oleh kerajaan Filipina

 

VAKSIN Denggi pertama dunia (Dengvaxia) yang telah diberikan kepada lebih 700,000 kanak-kanak di Filipina, dilaporkan telah digantung selepas pengilangnya memberi amaran ia mungkin memburukkan lagi penyakit tersebut dalam kes-kes tertentu.

Gergasi Farmasutikal Perancis, Sanofi mengumumkan pada hari rabu (29 Nov), vaksin denggi pertama dunia yang dihasilkannya boleh membawa kepada simptom lebih buruk kepada mereka yang tidak pernah dijangkiti penyakit itu sebelumnya.

Filipina telah menyuntik vaksin tersebut kepada lebih 700,000  kanak-kanak sejak 2016 sekaligus muncul sebagai negara pertama yang menggunakannya dalam skala besar.

Namun negara itu pada hari Jumaat, mengumunkan akan menggantung program tersebut.

“Berdasarkan analisis baru ini, Jabatan Kesihatan akan menggantung program pemvaksinan sementara mendapatkan penyelidikan dan nasihat daripada pakar, dan pertubuhan kesihatan sedunia (WHO),” kata satu kenyataan kerajaan Filipina.

Sanofi pada awalnya mendakwa, Dengvaxia, vaksin yang dihasilkannya adalah “kritikal” bagi melawan denggi, virus bawaan nyamuk paling utama dunia.

Pada hari rabu, satu kajian baru telah mengesahkan bahawa Dengvaxia bermanfaat kepada mereka yang pernah dijangkiti denggi.

“Kepada mereka yang tidak pernah dijangkiti oleh virus denggi sebelum ini, bagaimanapun, analisis mendapati pada jangka masa panjang, banyak kes lebih buruk mungkin berlaku berikutan pemvaksinan jangkitan denggi secara berturutan,” kata Sanofi.

Kerajaan Filipina menegaskan bahawa ia belum lagi menerima sebarang laporan masalah berkaitan Dengvaxia.

“Setakat ini, tidak ada sebarang kes denggi teruk dilaporkan terhadap mereka yang telah menerima vaksin itu,” tulis kenyataan itu.

Menurut kerajaan Filipina, lebih 1,000 orang mati di negara itu akibat jangkitan denggi tahun lalu, dari seramai 211,000 pesakit yang disyaki menghidapnya.

Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password