USAHA DAPAT ZURIAT – Sarimah

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: USAHA DAPAT ZURIAT
“Saya dan Siti ada berbincang mengenai perkara ini, malah dia turut berkongsi maklumat mengenai kaedah rawatan IVF. Dia juga menasihatkan saya supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah.

“Cepat atau lambat Tuhan berikan rezeki, tetap ada hikmah di sebaliknya. Dari segi kesihatan, saya dan suami tidak ada masalah.

“Harapan saya, doa kami untuk mendapatkan anak sempena kedatangan Ramadan ini akan dimakbulkan,” tutur pelakon dan pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim.

Sarimah, 40, bersedia menjalani rawatan kesuburan, In Vitro Fertilization atau IVF dalam usaha mendapatkan cahaya mata selpas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Jelas Sarimah lagi, hasratnya itu turut mendapat sokongan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang turut menggunakan kaedah sama untuk menimang zuriat.

Dalam perkembangan lain, pelakon Gerak Khas The Movie dan Janji Diana ini turut meluahkan keinginan untuk memperlahankan aktiviti seninya bagi menumpukan perhatian terhadap rumah tangga.

“Sebelum ini, saya memang kuat bekerja. Kalau boleh semua benda saya mahu buat. Selepas usia mencecah usia 40-an ini, fokus saya adalah mahu mendapatkan zuriat.

“Disebabkan itu, saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sekurang-kurangnya saya ada masa untuk berehat dan bersama suami,” katanya yang pernah popular dengan lagu, ‘Kini Kau Tiada’.

Untuk makluman, Sarimah mendirikan rumah tangga dengan cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih mesra dengan panggilan Tengku Jamie pada 2 April 2015.

.

 

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password