UMUM ISTERI HAMIL

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: UMUM ISTERI HAMIL
Tahniah kami ucapkan kepada Tauke apabila isterinya, Nadia Mohd Effendi yang dikahwini tahun lalu itu sah hamil empat bulan anak mereka.

Tauke yang berkongsi berita gembira itu dalam masa sama memohon doa dari peminat semua buat mereka.

“Saya belum sempat berkongsi dengan sesiapa mengenai perkara ini. Namun, saya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat saya dan isteri.

Bercerita pula mengenai proses kehamilan setakat ini, Tauke memberitahu buat masa ini isterinya tidak mengidam yang pelik-pelik lagi namun beliau cuba memenuhi keinginan isteri yang sedang hamil anak pertama mereka.

“Buat masa ini, isteri tidak meminta makanan yang bukan-bukan. Namun, saya penuhi semua yang diminta kerana takut itu yang dihajati bayi dalam kandungan.

“Selain itu, ramai juga yang bertanya mengenai tubuh isteri yang kurus. Selera makan isteri sebenarnya normal, mungkin genetiknya memang begitu,” jelasnya.

Terdahulu Tauke sebelum ini pernah berkahwin namun bercerai dan selepas lima tahun menduda, pelawak ini mendirikan rumah tangga kali keempat dengan Nadia pada 9 Disember 2017.

Apapun, kami doakan semoga segala perancangan dipermudahkan buat Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Zamri Zakaria dan isteri.

.

.

 

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password