“Ude berkahwin tanpa pengetahuannya, dia redha. Ude tinggalkan dia sejak November, pun dia diam…”

"Ude berkahwin tanpa pengetahuannya, dia redha. Ude tinggalkan dia sejak November, pun dia diam…"

 

Pernah bertugas di KAGAT, pejabat agama, kajian tentang wanita yang mengalami kecurangan ketika sedang menyiapkan tesis untuk PhD bagi pasangan bercerai, sedikit refleksi.

Penceraian antara Ude dan Intan adalah kes terpencil dalam perkahwinan tetapi publisiti Ude sebagai seorang pemuzik dan bekas madu Intan adalah selebriti membesarkan keadaan ramai yang sedang lena. Malah, sedangkan dulu aku sangat suka tengok lakonan bekas madu Intan, sampai boleh dikatakan semua drama dia aku tunggu. Tapi itu dulu, bukan semalam, hari ini dan akan datang.

Aku puji Intan sebab dia berjaya menjaga keaiban perkahwinan sehingga titisan di mahkamah dan menyalahkan dirinya tidak pandai menjaga suami sebab bagi aku tidak semua orang mampu melakukan begitu.
Malah aku lagi kagum dengan dia apabila dia redha dan menitis airmata sambil mendukung anak anaknya di perkarangan mahkamah. kerana hanya wanita terpilih sahaja yang berani dan kuat begitu. Berdiri menjawab sambil mendukung anak. Ya, kuat.

Ude berkahwin tanpa pengetahuannya, dia redha. Ude tidak berlaku adil setelah pergi meninggalkan rumah sejak November, dia hanya diam, Ude sudah tiada hati padanya, dia masih datang ke mahkamah, mendukung anak dan merayu untuk jumpa Ude, tetapi telah ditolak oleh bekas suaminya itu. Ini bagi aku kesilapan Ude yang tidak berani bertanggungjawab di atas pilihan yang telah dia buat. Apa salahnya berjumpa, memohon maaf dan beritahu dia, sudah tiada ada lagi cinta.

Di saat Intan jatuh, dan saya pasti dia sedang merangkak untuk kembali bangkit. Dia dapat sokongan yang kuat daripada kakaknya yang turut hadir ke mahkamah sambil mendukung anaknya.  Intan mula mendapat doa, simpati dari orang yang mendengar ceritanya. Intan mendapat sokongan bukan hanya dari keluarga, malah Intan dapat sokongan dr ramai pihak termasuk golongan lelaki yang tidak dikenalinya dan apa yang paling menarik adalah semua orang tidak tahu punca penceraian itu tetapi mereka tetap kata Intan merupakan sebuah simbol wanita kuat.

Dan cerita Ude, cerita Intan, cerita bekas madu Intan ini telah membuka mata semua orang. Anak remaja, pasangan yang baru berkahwin, pasangan yang lama berkahwin, anak anak dara yang sedang bercinta dengan suami orang malah cerita ini juga membuka mata mata yang terlibat dengan poligami sama ada lelaki, isteri pertama, isteri kedua, isteri ketiga dan seterusnya.

Dan kenapa Ude kata dia sudah tiada hati lagi sedangkan Ude dan Intan baru sahaja memiliki anak kecil berusia setahun. Mungkin faktor masa dan jarak. Ude tinggalkan Intan pada November, komunikasi hanya tentang anak.

November, Disember, Januari, Februari. 4 bulan itu, lama. Satu tempoh yang lama sebenarnya. Sepatutnya walaupun tiada hati, jangan keluar dari rumah. Tinggal sekali supaya atau mungkin hati itu boleh tumbuh balik. Sebab melihat, menonton, melihat dan menonton isteri dan anak anak hari-hari. Tetapi Ude ambil untuk tidak berlaku adi dengan hanya melihat yang nombor dua dan menonton nombor dua. Jadi, hati yang nombor satu itu hilang dari radar sedangkan 5 tahun hati itulah yang mekar di langit biru.

Sebab itulah ramai yang tidak boleh menerima hakikat itu alasan Ude kerana alasan itu macam pelik saja. Namun siapala kita hendak menolak takdir. Bahawa memang Ude sudah tiada hati dengan Intan sebab itu hati Ude bukannya hati kita dan kita juga tidak boleh menolak takdir bahawa Intan tidak melawan balik dan merampas kembali hak dia kerana intan tahu kemampuan dan keupayaan dia. Cuma, mungkin ini takdir Intan, takdir anak-anak Intan untuk kehilangan orang yang tersayang disayangi dengan sekelip mata dengan cara yang bagi saya kejam untuk Intan dan anak-anak. Tapi inilah pencaturannya. Mungkin ini juga jawapan dari doa Intan.

Ingat balik apa yang Intan cakap dalam video, “Saya doakan kebahagian Ude…”

Mungkin inilah kebahagiaan Ude kerana Ude tidak layak untuk Intan kerana Intan berhak untuk mendapat kebahagiaan yang lebih baik tanpa Ude bergelar suaminya.

Kita yang melihat dan mendengar cerita ini dan jadikannya sebagai sebuah pengajaran. Intan kata dia percaya suami 100 peratus, selepas ini simpan sedikit kepercayaan itu untuk diri sendiri. Saya tiada kenderaan dan terpaksa bergantung kepada kakak dan anak buahnya. Belajarlah berdikari, ambil lesen dan beli kereta sendiri.

Saya tidak bekerja kerana ingin menjaga anak anak di rumah. Mungkin selepas ini perempuan kena cari pendapatan sendiri, walaupun tidak seberapa. Saya PM dia sekali sahaja dan saya cakap saya redha awak madu saya dan mungkin selepas ini jangan baik sangat dengan orang. Ada batasnya, bina pagarnya. Apa lagi saya boleh buat, saya kena terima juga. Mungkin lepas ini kita perlu ajar diri kita lepas sahaja berkahwin untuk menerima apa sahaja kemungkinan. Bina semangat kuat dari malam pertama lagi.

.

Tidak mengapa Intan, suami awak hak Allah. Allah ingin mengambilnya semula dari awak. Awak boleh menangis, menangislah sepuas-puasnya, tetapi jangan terlalu lama kerana ada 2 harta yang ingin awak kuat, yang ingin lihat awal bangun dari merangkak, dari terhempas batu yang besar. Sekiranya anda di pihak benar, suatu hari anda akan dapat jawapannya daripada persoalan apa salah saya.

Selepas hujan yang lebat, pasti ada pelangi indah yang hadir. Selepas kemarau panjang, pasti ada baja yang subur untuk tumbuhan hijau. Jangan mengalah kerana ramai orang berada di sisi anda terutamanya anda berjaya membawa anak anda bersama anda.

Mulakan dengan tindakan. Jangan lupa buat permohonan tuntutan harta sepencarian, hak awak dalam edah, hak nafkah anak anak dan yang penting hak penjagaan anak anak. Anda wanita hebat dan segala yang terbaik menanti anda selepas ini.

Sumber : Jamaida Jamaludin

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password