UBAT TAK SESUAI

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: UBAT TAK SESUAI

 

Gara-gara pengambilan ubat yang tidak sesuai beberapa bulan lalu, buah pinggang penyanyi Nassier Wahab, 56, mempunyai masalah sehingga ia hampir-hampir rosak.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Nassier dan berkata yang dia beruntung masalah berkenaan hanya berlaku pada sebelah buah pinggangnya sahaja apabila doktor dapat mengesan masalah itu pada peringkat awal seterusnya mendapat rawatan segera.

“Bagi saya kesihatan itu sangat penting lagi-lagi bila umur sudah mencecah 50 tahun ke atas. Kena buat pemeriksaan darah supaya kita dapat tahu apa yang perlu kita jaga.

“Sebelum ini saya ada masalah sebelah buah pinggan hampir rosak disebabkan makan ubat yang tidak sesuai.

“Nasib baik doktor kesan awal dan dapat dirawat segera. Alhamdulillah buah pinggang saya semakin baik selepas menjalani rawatan sejak beberapa bulan yang lalu,” katanya.

Tambah Nassier, sejak kejadian itu dia lebih kerap melakukan pemeriksaan kesihatan iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi memastikan tiada sebarang masalah lain.

Bercakap mengenai perkembangan lain, Nassier kini sedang mempromosikan album terbaharunya berjudul ‘Dunia Cinta’ yang menampilkan empat buah lagu.

Nassier memberitahu kesemua lagu tersebut mendapat sentuhan daripada komposer Indonesia, Syahrul Elmoka dan ia dirakamkan di Bandung pada tahun lalu.

Menurutnya, dia sudah merancang pembikinan album itu sejak dua tahun lalu namun ia tidak dapat diselesaikan kerana kesibukannya memenuhi undangan persembahan selain tidak mendapat lagu sesuai.

“Perancangan untuk menerbitkan album hampir dua tahun lalu tapi memandangkan kesibukan dan sukar mendapat lagu-lagu yang sesuai dengan saya jadi ia mengambil masa lebih lama.

“Akhirnya saya berpeluang mendapat lagu daripada komposer Indonesia, Syahrul Elmoka dan kesemua lagu serta video muzik dirakam di Bandung pada 26 Novemver hingga 2 Disember tahun lalu,” ujarnya.

Album tersebut mengandungi empat buah lagu ciptaan Syahrul Elmoka iaitu ‘Sajak Cinta’, ‘Cemburu, ‘Dunia Cinta’, ‘Tentang Cinta’ dan Nassier turut merakam semula lagu popular kumpulan Projektor Band, ‘Sudah Ku Tahu’.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password