TUNAI UMRAH TANPA KERUSI RODA

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: TUNAI UMRAH TANPA KERUSI RODA

 

Jika sebelum ini terpaksa bertongkat dan berkerusi roda akibat kecederaan pada kaki selepas terjatuh tahun lalu, penyanyi Zaiton Sameon, 61, kini sudah mampu berjalan sepenuhnya dan menyempurnakan ibadah umrah tanpa sebarang masalah.

“Alhamdullilah… jejak sahaja kaki di Kaabah, saya dan boleh berjalan dan menyelesaikan tawaf tanpa masalah.

“Ini semua keajaiban daripada Allah. Bersyukur ibadah saya dipermudahkan atas doa semua peminat,” katanya yang berkongsi pengalaman indah dan satu keajaiban sepanjang berada di Kota Makkah.

Zaiton dan 23 selebriti veteran terpilih untuk mengerjakan umrah termasuklah Ibnor Riza, Hamid Gurkha, Sulaiman Yassin (Mat Over), Harun Hashim, Mat London, Sahara Yaacob, Shima, Aida Agil, Zaleha Hamid, Ayati Tasrip dan Halil Chik.

Program itu adalah anjuran bersama Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Yayasan Mustika Kasih dan Yayasan Perdana Ummah. Mereka selamat mengerjakan ibadah Umrah pada 26 Januari hingga 6 Februari lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Menaruh Harapan’ ini memaklumkan yang ia merupakan kali kedua dia berpeluang mengerjakan ibadah umrah.

Malah, dia turut menyimpan hasrat berkunjung lagi ke Makkah dan mengimpikan untuk terus menetap di sana.

“Saya pertama kali ke Makkah sekitar tahun 1995 dan sejak itu perasaan rindu terhadap Makkah sentiasa ada cuma tiada peluang untuk ke sana.

“Alhamdulillah selepas 23 tahun akhirnya doa saya untuk kembali ke sana akhirnya tercapai. Rasa macam nak pergi sana lagi dan kalau boleh nak menetap terus di Kota Makkah,” ujarnya.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password