“Tudung Fafau macam tak jadi je…” – Rapat dengan Nurul Izzah, apa motif Fara Fauzana?

"Tudung Fafau macam tak jadi je…" – Rapat dengan Nurul Izzah, apa motif Fara Fauzana?

Semenjak Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14, semakin ramai artis dan selebriti terbuka berkongsi gambar dan pendapat berkaitan ahli pemimpin yang berjuang dalam parti tersebut.

Selain gambar Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq yang sering muncul di laman media sosial, tidak lupa Nurul Izzah juga diminati ramai netizen terutamanya bagi golongan anak muda.

Terbaru, kelihatan penyampai radio dan pengacara Fara Fauzana sering kali memuat naik mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Eh ada apa-apa ke ni?

Rupa-rupanya pelakon utama sitkom Fara itu mempromosikan program FBI Live bersama rakan baiknya, Faizal Ismail dengan tetamu undangan, Nurul Izzah yang telah muncul petang semalam.

Menerusi posting lain, Fara juga dilihat cuba menukar gaya hijabnya dengan mengenakan gaya seperti Naib Presiden PKR itu namun hasilnya kurang memuaskan.

Tidak lama selepas itu, Fara memuat naik gambar bersama Nurul Izzah yang kelihatan sangat mesra! Menerusi kapsyen, rupa-rupanya mereka adalah rakan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya.

“A S S U N T A R I A N S. Budak sains. Budak arts. Batch 1997. @fbi.live. Nota: tudung FF styled by @n_izzah. Full tutorial boleh check out di FB Faizal Ismail FBI,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Gambar mereka berdua mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mula ‘menjejak kasih’ di ruangan komen tersebut.

.

.

Amboi, masing-masing seronok ya bila jumpa rakan sekolah lama! Mesti ramai tak sangka bekas pelajar di sekolah dulu dah jadi salah seorang ahli pemimpin negara sekarang ni kan?

Sumber : Fara Fauzana

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password