Transformasi bilik darjah idaman NUTP

Kami merujuk kepada kenyataan akhbar dibuat Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad berkaitan dengan transformasi bilik darjah pada tahun hadapan yang mahu ke arah bilik darjah pintar abad ke-21.

Pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mengalu-alukan hasrat kerajaan yang ingin memperkasakan proses pengajaran dan pembelajatan dengan bantuan teknologi terkini.

Pihak NUTP mohon ianya dapat dilaksanakan dengan lebih telus.

Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini menyediakan komputer riba bagi Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), namun model yang disediakan bukanlah model terkini.

Guru-guru menghadapi masalah apabila peralatan tersebut mengalami kerosakan dan mereka terpaksa melalui proses pembaikan yang lama kerana pembekal yang disediakan adalah berpusat.

Sehubungan itu NUTP mencadangkan beberapa perkara yang boleh membantu isu ini. Antaranya ialah:

  1. Wujudkan satu sistem yang lebih mesra pengguna. Jika pihak sekolah atau guru menghadapi masalah dengan peranti yang disediakan, khidmat membaik pulih perlu disegerakan dan tidak melebihi satu minggu
  2. Peranti/bahan yang disediakan hendaklah daripada model terkini agar alat ganti mudah didapati di pasaran
  3. Peralatan teknologi hendaklah sesuai dengan keadaan setempat. Contohnya jika papan pintar (smart board) telah dipilih dan akan diberikan, ia perlu dipastikan agar mudah diperoleh atau dibaiki dengan adanya ejen-ejen di kawasan setempat
  4. Talian internet merupakan elemen yang sangat penting dalam transformasi ini. Oleh itu jaringan tersebut perlulah lebih baik dan dapat dinikmati secara keseluruhan oleh semua sekolah

Selain itu NUTP juga berharap transformasi ini tidak hanya memandang kepada teknologi saja. Kehendak guru dan murid turut perlu dilihat serta diutamakan.

Sebagai contoh, disediakan bilik guru yang lebih kondusif.

Keadaan fizikal sekolah juga perlu diberi perhatian kerana masih terdapat sekolah yang daif dari segi keperluan asas mereka.


HARRY TAN HUAT HOCK ialah setiausaha agung NUTP.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis atau pertubuhan yang diwakilinya. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sumber : MalaysiaKini – Surat

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password