TRAGIS :KRONOLOGI SEBENAR KES ANAK DITETAK YANG MERUNTUN JIWA. PALING TAK SANGKA RUPANYA TERTUDUH ADALAH….

TRAGIS :KRONOLOGI SEBENAR KES ANAK DITETAK YANG MERUNTUN JIWA. PALING TAK SANGKA RUPANYA TERTUDUH ADALAH – MEDIA OHSEM

Viral di media sosial apabila 3 orang kanak-kanak mati ditetak menggunakan sebilah parang di Kampung Sungai Haji Mohamad, Selekoh. Tragedi berdarah itu dikhabarkan dilakukan oleh seorang lelaki kurang siuman.

Namun, menerusi laporan Berita Harian yang terbaru, suspek sebenarnya positif dadah dan bukannya kurang siuman. Ini kronologi sebenar disebalik kes ini.

Kenyataan sepupu ibu mangsa

Zuraidah (ibu mangsa) menghubungi saya meminta tolong. Rumah saya hanya berada satu meter selang dari rumah mereka, saya mendengar sepupu menjerit beberapa kali minta tolong dan budak-budak berteriak menangis, tidak lama selepas itu suara makin sayup dan terus senyap.

Selepas dia beredar dari situ saya terus ke rumah mereka dan melihat semua anak-anak (mangsa) sudah bergelimpangan dan berlumuran darah. Suspek dan Mohd Fadzil memang berkawan baik sejak kecil lagi. Sebelum ini mereka tidak pernah bertelagah atau bergaduh.

Menurut seorang ahli keluarga terdekat mangsa, bapa mangsa masih berada dalam keadaan trauma dan rebah beberapa kali sejak kejadian. Dia turut melihat suspek berada di tepi jalan dan berjalan beredar dari rumah mangsa dalam keadaan seluar berlumuran darah dan tangan memegang parang.

Selepas menyerang keluarga itu, suspek pergi ke Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhammad sebelum mencederakan pula anak sulung mereka Nur Zuryn Faziera yang berusia 9 tahun.

Rakan sekolah anak sulung keluarga berkenaan dikenali sebagai Aina berusia sembilan tahun dan seorang ustaz dikenali sebagai Riduan juga cedera dalam kejadian amuk itu apabila suspek bertindak ke sekolah berhampiran untuk menetak Nur Zuryn Faziera yang ketika itu berada di pondok di hadapan sekolah.

Suspek positif dadah – Polis

Apabila sampai di sekolah, kelihatan lelaki itu bersama parang di dalam kawasan sekolah. Polis bertindak mengepungnya dan melakukan tangkapan tetapi berlaku pergelutan dan seorang anggota polis cedera.

Kami juga masih lagi menyiasat motif pembunuhan kes ini. Hasil siasatan ke atas suspek mendapati, dia berada dalam keadaan sedar ketika kejadian itu kerana dia tahu siapa (mangsa) yang hendak dicarinya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, ujian saringan awal menunjukkan suspek yang berusia 35 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine dan ganja. Beliau tidak dapat memastikan perkara itu kerana siasatan masih dilakukan.

Tiada rekod sakit mental dan jenayah

Polis berjaya menahan lelaki terbabit berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhamad selepas suspek melepaskan parang panjang yang dipegangnya.

Semakan awal mendapati suspek yang juga rakan sekerja kepada bapa tiga kanak-kanak yang dibunuh dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta tiada rekod rawatan sakit mental.

Suspek yang menetak mati tiga kanak-kanak dan mencederakan empat mangsa lain di Kampung Sungai Haji Muhamad, Bagan Datuk, hari ini dilaporkan tidak mempunyai rekod sakit mental. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman turut memberitahu suspek dipercayai berhalusinasi dan mendengar bisikan sebelum kejadian berlaku.

Masih dalam siasatan

Motif pembunuhan juga masih dalam siasatan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketiga-tiga mangsa yang maut dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk dibedah siasat esok, manakala ibu mangsa serta anak sulungnya kini dirawat di Hospital Teluk Intan dan ibu mangsa mungkin akan dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan.

Yahya berkata, pihaknya bagaimanapun akan menahan reman lelaki terbabit untuk siasatan lanjut termasuk menjalankan ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada suspek positif dadah atau sebaliknya.

Direman 7 hari

Suspek yang dipercayai menyebabkan kematian tiga beradik dan mencederakan empat yang lain di Kampung Sungai Haji Muhammad, Rungkup telah direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman berkenaan yang bermula hari ini sehingga 24 Mei depan dikeluarkan Majistret Syahdatul Kamila Zakaria. Siasatan ke atas lelaki berusia 35 tahun itu akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : ohbulan

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password