Toyota Velfire milik Nabil hilang

Kenderaan jenama Toyota Vellfire milik pelawak dan pengacara Nabil Ahmad hilang dipercayai dicuri di kawasan Damansara siang tadi.

“Kejadian berlaku selepas saya menyaksikan persembahan di kawasan sekolah anak saya dan ingin pulang ke rumah.

“Mula-mula saya ingat salah tempat parkir dan cari punya cari baru sedar sebenarnya kenderaan itu sudah hilang,” katanya.

Nabil mendedahkan perkara itu sewaktu program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil sedang berhenti untuk sesi penajaan.

Nabil 34, berkata disebabkan ketiadaan kenderaan, dia dan isteri Zira Ayoub serta anak mereka terpaksa pulang menaiki kenderaan polis.

Sebelum itu menurut Nabil, dia telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

Disebabkan sedang mengacarakan GV4, Nabil terpaksa melupakan kesedihan dialaminya bagi memberi fokus terhadap program berkenaan.

Ini adalah kejadian malang kali kedua menimpa Nabil membabitkan kenderaan miliknya.

Pada 2013 kereta jenama Mitsubishi Lancer kepunyaannya dipecah masuk ketika dia dan isteri sedang menikmati makan malam di sebuah restoran di Sungai Buloh.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password