“Tolong Pulihkan Kedai Saya Ustaz, Ramai Cakap Kedai Saya Asyik Tutup Je”, Ustaz Kongsi Amalan Pendinding Guna Garam Dan Air Kolah Masjid

Apabila kita memasuki rumah baru atau merasakan sedikit aneh dengan keadaan persekitaran rumah, eloklah jika kita memagari rumah dengan cara yang betul mengikut syariat Islam.

Dalam dunia perubatan Islam, garam biasanya antara bahan yang digunakan untuk ‘memagar’ rumah, menghalau dan mencederakan jin.

Syeikh Abu Al-Barra turut memetik jawapan dari Syeikh Abdullah Abdul Rahman Al-Jebreen yang mengatakan, penggunaan garam dalam menghalau makhluk halus adalah harus.

Ia berdasarkan kisah pengalaman Abu Nadhir Hasyim Ibnu Qasim yang mengamalkan perbuatan tersebut berdasarkan kitab Al-Wabas Sayyib min Al-Kalimat Tayyib oleh Syeikh Ibnu Qayyim Al-Jauzi.

Dalam merawat apa jua peyakit, yang penting sekali, perlu ditanam dalam hati setiap pesakit, i’tiqad keyakinan bahwa hanya Allah swt sahaja yang mampu menyembuhkan. Ubatan atau bahan-bahan rawatan hanyalah sebagai alat penghubung bagi menyembuhkan penyakit tersebut.

Ia tidak mempunyai sebarang kuasa pun. Pesakit juga hendaklah sabar, berdoa dan terus bertawakal kepada Allah swt seperti Nabi Allah Ayub yang terus tabah menghadapinya segala penyakit yang dideritainya.

Hanya kesabaran yang mampu membuktikan keimanan kita kepada Allah swt.  Perkongsian kali ini adalah daripada Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin yang menceritakan bagaimana caranya untuk kita ‘memulihkan’ rumah daripada gangguan makhluk halus.

Mari ikuti perkongsian seperti dibawah, semoga ianya bermanfaat.

Ustaz boleh datang pulihkan kedai saya?? Ramai orang kata saya tak buka kedai bila lalu depan kedai saya. Macam mana nak buat ya ust?Saya minta maaf sangat-sangat ramai yang nak saya datang ke rumah untuk pulihkan rumah dan permis perniagaan. tapi masa saya hendak ke rumah anda amat terhad.. Di sebabkan ramai yang bertanya bagaimana nak buat pulihkan rumah di bawah saya ajarkan bagaimana cara mudah untuk pulihkan rumah mengelakkan dari gangguan makhluk halus..

Langkah 1

  • Ambil Air kolah masjid 2
  • 1 botol 1500ml
  • Lada Hitam 1pack kecil Dan Garam Halus 1bungkus

.

Langkah 2

Cara Caranya buka pintu tingkap rumah depan belakang, kemudian Azan di dalam rumah tersebut. Azan setiap bilik rumah, dapur dan ruang tamu.. Selesai Azan..
Campurkan garam halus dan lada hitam dalam 1 piring contoh seperti dalam gambar di bawah..Manakala Air kolah masjid di buka penutup botol tersebut lalu baca seperti di bawah:Baca Al Fatihah 11x
Ayat qursi 11x
Al Ikhlas 11x kemudian Sambung Zikir Di Bawah Baca sebanyak 3x dan selawat 11x

Langkah 3

Selesai baca, garam halus di tabur setiap bucu rumah lebihkan tabur di bilik air tandas..Tabur secubit garam tersebut setiap bucu di sekeliling rumah anda. Selesai tabur ambil air kolah masjid pula masuk kan di dalam botol spray, contoh seperti gambar di bawah. Kemudian spray kan sekeliling rumah anda, pastikan dinding rumah anda di spray. Lebihkan juga spray di bilik air dan tandas rumah anda..Buat lah dengan yakin Inshaa Allah izin Allah rumah anda terhindar Dari gangguan makhluk halus.

Sebaik punya pendinding adalah banyak kan amalan zikir di dalam rumah tersebut, banyakkan baca Al quran di dalam rumah, solat berjemaah dan perbanyakkan solat sunat di dalam rumah…InshaaAllah itulah sebaik2 pendinding. Kerapkan juga Azan di dalam rumah anda inshaaAllah izin Allah di dalam rumah tersebut bebas dari gangguan makhluk halus..
Manakala di permis perniagaan pula kerap kan pasang ayat suci al quran di dalam kedai. Ada masa kita sendiri yang baca Al quran di dalam kedai. Banyakkan baca surah Al waqiah untuk murah rezeki, banyakkan Solat sunat dhuha inshaaAllah izin Allah rezeki anda bertambah. Kedai anda, tapak perniagaan inshaaAllah akan semakin maju..Apa pun semua cara di atas adalah sebagai iktiar sahaja semua atas izin Allah..
Semoga bermafaat untuk kita semua, sekiranya bermafaat untuk org lain pula Silakan Share..
Moga di permudahkan semuanya
Aamiin

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password