Tinggal rumah teres dan pakai kereta Perodua Viva, kehidupan sederhana Mat Sabu buat netizen terharu

Tinggal rumah teres dan pakai kereta Perodua Viva, kehidupan sederhana Mat Sabu buat netizen terharu

Kehidupan Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sebelum bergelar seorang Menteri Pertahanan tidaklah diketahui ramai.

Jarang bercerita mengenai hal peribadinya pada pengikut-pengikut beliau sebelum, ramai yang terkejut setelah melihat kehidupan sederhana yang dijalani oleh Mat Sabu selama ini.

Berikutan kemenangan besar Pakatan Harapan di PRU14, nama Mat Sabu mula menjadi perhatian rakyat lebih-lebih lagi setelah beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia yang baru.

Tidak hanya itu, kisah peribadi kehidupannya yang sangat bersederhana pula kini menjadi perhatian netizen dan mula tersebar di beberapa media sosial.

Pada hari kedua Tn Hj Mohamad Sabu sebagai seorang menteri kabinet, beliau dilihat masih menjalani kehidupannya seperti biasa, ringkas dan menyantuni mandat daripada rakyat.

.

Berbeza dengan kehidupan sebelum ini, beliau kini terpaksa menyesuaikan diri dengan layanan “ditunggu dan disambut” oleh beberapa orang pengawal peribadi selain daripada kenderaan rasmi kerajaan dan juga kenderaan pengiring yang ditugaskan untuk mengiringi beliau sebelum berangkat ke pejabatnya di Putrajaya.

.

Beberapa keping gambar Mat Sabu yang sedang keluar daripada rumah teres bersama isterinya telah jadi tular di Facebook sejak dari awal pagi tadi.  Selain daripada kereta Perodua Viva Elite yang diletakkan di dalam rumahnya itu, netizen turut berasa terharu melihat sebuah motosikal kapcai yang diletakkan disebelah keretanya itu.

.

.

.

.

Sumber : FB Esma Hafiz

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password