TINDAKAN DIPERTIKAI

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: TINDAKAN DIPERTIKAI

 

Penyanyi dan pelakon Ziana Zain yang tidak tahan digasak dengan kritikan negatif, telah tampil ‘menegur’ ‘menegur’ netizen yang mempertikaikan tindakannya membuat laporan polis terhadap suami.

Kata-kata itu yang dimuatnaik menerusi laman Instagram miliknya itu sekaligus memberi bayangan ada sebab beliau bertindak demikian.

Ziana memuatnaik kenyataan yang ditujukan kepada netizen, bahawa jangan menilai jalan beliau jika mereka tidak pernah melaluinya. Sekaligus menempelak kaki kecam yang ‘acah-acah’ tahu segalanya.

Perkongsian yang menerima lebih daripada 1,000 komen itu rata-rata memberikan kata-kata semangat buat Ziana supaya mengabaikan sahaja cakap-cakap orang. Ada juga yang mendoakan rumah tangga pasangan itu pulih seperti biasa.

Kadang kala netizen suka bercakap seolah mereka tahu segalanya, termasuk hal peribadi, rumah tangga selebriti tanpa memikirkan perasaan orang. Berilah ruang untuk Ziana menyelesaikan masalah mereka.

Terdahulu, suami Ziana, Armin Zaharin ditahan atas tuduhan mencederakan anak lelakinya kira-kira jam 4 pagi. Bagaimana Armin mengaku tidak bersalah, dan mahkamah menetapkan 4 April depan untuk sebutan semula kes.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password