Timbalan menteri mahu jumpa Sajat, Safiey bantu konflik identiti diri

Timbalan menteri mahu jumpa Sajat, Safiey bantu konflik identiti diri

Sebut sahaja nama usahawan kosmetik, wajah Nur Sajat dan Safiey illias pasti muncul dalam fikiran anda dengan terbayang kemewahan hidup mereka serta kemesraan bersama ‘boyfriend’ masing-masing.

.

Sering dilanda kontroversi dan gosip murahan, mereka berdua tidak lekang daripada mendapat perhatian orang ramai termasuk golongan para ilmuwan. Itu belum termasuk masalah jantina dan kekeliruan mencari identiti diri.

Terbaru, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh bersedia untuk berjumpa dengan dua ‘wanita’ cantik itu bagi membantu mereka kembali kepada fitrah asal.

Menerusi laporan Bernama, Fuziah yang mempunyai latar belakang dalam bidang kauseling berkata, konflik dalaman mereka itu perlu diselesaikan dengan pendekatan berhemah, bukan dengan membenci mereka.

“Saya tidak mengatakan apa yang dilakukan mereka itu betul dan boleh diterima kerana yang haram tetap haram, tapi pendekatan dakwah yang perlu diambil … bukan dengan cara menghukum,” 

.

Nur Sajat dan Safiey Ilias dipercayai menghadapi konflik identiti diri dan saling menyindir antara satu sama lain di laman sosial masing-masing.

Fuziah menambah pengalamannya sendiri pernah menyaksikan golongan lelaki yang menyerupai wanita kembali kepada fitrah apabila didekati secara berhemah.

Sumber : BERNAMA

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password