Tiga Maut, Lori Bertembung Dengan Sebuah Treler

SEGAMAT: Sebuah lori bertembung dengan sebuah treler menyebabkan tiga maut dan dua cedera di Jalan Pulapol (Jalan Pintasan Segamat), di sini, petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan pemandu lori, Rahmani Warni, 58, bersama dua penumpang iaitu Amir Hassan, 30 dan Eriman Yaatim meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Manakala pemandu treler, M Abimanan, 27 dan penumpangnya, S Rajeswary, hanya cedera ringan.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila lori berkenaan yang dari arah Batu Anam ke Bandar Segamat hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Pemandu treler cuba mengelak ke bahagian kanan jalan, namun tidak berhasil .


“Siasatan mendapati kejadian berlaku di jalan selekoh dengan lorong dua hala, selain terdapat garisan berkembar.


“Kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan kedua-dua kenderaan berat terbabit remuk,” katanya.

Jelas Raub, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasa, manakala kenderaan terbabit dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Segamat untuk pemeriksaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber- Berita Harian



Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password