Tiga anggota RELA dakwa kena pukul dengan seorang “Datuk Seri”

SEORANG lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang “Datuk Seri” dikatakan telah memukul 3 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kerana tidak menunjukkan hormat kepadanya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah kuil di Ampang Selangor, di mana satu sambutan telah diadakan pada pagi hari Jumaat 27 Oktober 2017.

Sepasukan anggota Rela berada di situ untuk membantu memantau perjalanan lalu lintas di kawasan berkenaan sebelum tiga anggota memberitahu Datuk Seri berkenaan bahawa keretanya menghalang laluan berhampiran kuil tersebut.

Pertengkaran dan pergaduhan dikatakan mula berlaku selepas Datuk Seri itu menuduh anggota RELA berkenaan tidak menunjukkan hormat kepadanya.

Anggota yang cedera adalah Ranbo Lee, 27, Jackie Leong, 21 dan Melvin Cheong, 19.

Lee mengalami bengkak dan lebam pada bahagian mata kirinya akibat serangan tersebut. Manakala Leong, ditendang di badannya ketika Cheong dipukul pada bahagian belakang kepalanya.

Menurut Cheong, kejadian itu ada dalam rakaman litar tertutup CCTV dan satu aduan telah dibuat kepada pihak polis.

“Bagaimana seseorang boleh buat begitu kepada individu yang sedang bertugas? Ini merupakan penghinaan kepada pakaian seragam kami,” kata Cheong dalam satu sidang media yang dihadiri tiga anggota RELA.

Timbalan OCPD Balai Polis Ampang Jaya, Mohd Zaid Hassan mengesahkan ada laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu. Namun belum ada sebarang tangkapan setakat ini.



Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password