‘Tidak Tahan Isteri Kuat Berleter Dan Mengongkong’, Lelaki Warga Emas Ini Sanggup Tinggal Dalam Hutan Selama 5 Tahun..

'Tidak Tahan Isteri Kuat Berleter Dan Mengongkong', Lelaki Warga Emas Ini Sanggup Tinggal Dalam Hutan Selama 5 Tahun..

LONDON- Seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun baru-baru ini mendapat liputan berita yang meluas selepas mendedahkan dia tinggal di dalam hutan selama lima tahun.

Malcolm Applegate went back to nature when he ran away from home and lived in woodland
Tindakan lelaki dari Birmingham, England itu semata-mata untuk menjauhkan diri daripada isterinya yang kuat berleter dan mengongkong.

Malcolm Applegate bekerja sebagai tukang kebun tetapi minatnya itu sukar untuk diteruskan sejak berkahwin kira-kira 13 tahun lalu.



Pada mulanya, hubungannya bersama isteri begitu baik tetapi dia mula dikawal sehingga terpaksa memendekkan waktu bekerja.

Malah, pasangan suami isteri itu sering bertekar disebabkan perkara yang remeh-temeh.

Akibat tidak tahan dengan leteran isteri, Malcom meninggalkan isterinya.

Bagaimanapun dia tidak memfailkan penceraian, sebaliknya menghilangkan diri begitu saja.



“Saya berkahwin dengan dia selama tiga tahun, tetapi malangnya hubungan tidak begitu baik. Saya bosan kerana kami sering bertengkar,” kata Malcom.

The gardener, 62, slept rough in the woods next to a community centre for the elderly where he tended the gardens

Pada awalnya dia menunggang basikal ke London, tetapi kemudiannya basikalnya dicuri semasa berhenti di Oxford.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk berada di dalam hutan dekat Kingston, barat daya London.



Di sana, dia berkhemah pada sebelah malam dan bekerja di sebuah taman pusat komuniti pada sebelah siang.

Malcolm berkhemah di hutan selama lima tahun sebelum berhijrah ke pusat Emmas Greenwich, sebuah rumah perlindungan untuk golongan gelandangan di Greenwich, selatan London, lima tahun lalu. – odditycentral



Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password