Tidak tahan dikecam bani Melayu, Izreen Azminda dan Ude Wahid ‘deactivated’ media sosial

Tidak tahan dikecam bani Melayu, Izreen Azminda dan Ude Wahid 'deactivated' media sosial

 

Kontroversi membabitkan antara suami kepada pelakon Izreen Azminda, Ude Wahid yang memfailkan permohonan cerai terhadap isteri pertamanya, Intan Liana masih menjadi isu hangat ketika ini.

.

Terbaru, tinjauan mendapati akaun laman Instagram milik Izreen dan Ude telah dinyahaktifkan mungkin atas sebab-sebab tertentu untuk sementara waktu.

.

.

Rata-rata peminat membuat pelbagai spekulasi berikutan ‘kehilangan’ akaun Instagram berkenaan yang mungkin pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu berasa tekanan akibat kecaman daripada netizen yang prihatin tentang hal rumah tangganya.

.

.

Walau bagaimanapun, mungkin kedua-duanya memerlukan sedikit ruang dan peluang untuk meredakan keadaan ini supaya netizen tidak terus mengecam terhadap mereka serta muhasabah diri masing-masing.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password