Tidak bayar PTPTN dan lain-lain, inilah reaksi lucu netizen setelah Dato’ Seri Najib disenaraihitam ke luar negara

Tidak bayar PTPTN dan lain-lain, inilah reaksi lucu netizen setelah Dato' Seri Najib disenaraihitam ke luar negara
Berikutan prestasi Barisan Nasional yang kalah teruk di dalam PRU14 baru-baru ini, pengerusinya, Dato’ Seri Najib Razak telah diminta supaya bertanggungjawab dan melepaskan jawatan yang telah disandang hampir satu dekad oleh beliau itu.Mungkin kecewa setelah dihentam daripada dalaman parti pula, Dato’ Seri Najib dikatakan bakal bercuti seketika di luar negara bagi mencari ketenangan untuk memikirkan strategi beliau yang seterusnya.

Sebuah manifest penerbangan telah tersebar di laman media sosial sejak semalam di mana Dato’ Seri Najib bersama-sama dengan isteri beliau, Datin Paduka Seri Rosmah telah disenaraikan sebagai penumpang sebuah pesawat peribadi itu.

Pesawat yang bernombor PK-RJX itu dijadualkan akan berlepas daripada Lapangan Terbang Subang pada jam 10 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma International, Jakarta.

.

Khabar angin itu kemudiannya telah disahkan sendiri oleh Presiden Umno itu apabila beliau telah memuatnaik sebuah kenyataan akhbar di Facebook beliau memberitahu yang beliau akan bercuti ke luar negara mulai hari ini selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14.

Walau bagaimanapun, belum sempat berlepas ke udara, Dato’ Seri Najib telah memuatnaik sebuah kenyataan baru di laman Twitter dan Facebook beliau memberitahu bahawa beliau dan isteri telah disenaraihitamkan oleh pihak imigresen Malaysia dan tidak dibenarkan untuk ke luar negara.

.

Kenyataaan mengejutkan yang telah dimuatnaik oleh bekas Perdana Menteri ke-6 itu kemudiannya telah disokong oleh sebuah kenyataan daripada Jabatan Imigresen Malaysia yang mengesahkan mengenai perkara tersebut.

Berikutan perkembangan yang menarik ini, laman Facebook Dato’ Seri Najib Razak dan Jabatan Imigresen Malaysia telah dibanjiri dengan komen-komen yang tinggalkan oleh netizen yang prihatin.

.

.

.

.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password