Tiada lagi Mekanik dan Ali Setan, pelakon Azmil Mustapha meninggal dunia

Tiada lagi Mekanik dan Ali Setan, pelakon Azmil Mustapha meninggal dunia

 

Lebih tiga dekad filem Ali Setan mencipta fenomena, namun nama watak itu masih melekat kuat dalam fikiran mereka yang penonton filem itu.

Terbaru, pelakon popular era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat serangan jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam kira-kira pukul 12.40 tengahari tadi.

Allahyarham yang cukup terkenal menerusi filem fenomena Ali Setan dan Mekanik itu menghembuskan nafas pada usia 65 tahun ketika dalam tidur. Berita itu disahkan oleh adiknya sendiri, Aziph Mustapha.

Sejak meninggalkan bidang lakonan, allahyarham banyak terlibat dalam aktiviti dakwah dan mendalami ilmu agama Islam serta memberikan ceramah-ceramah di surau dan masjid sehingga digelar ‘ustaz’ di kalangan pengikutnya.

Rata-rata netizen turut bersedih hati dengan pemergian allahyarham kerana kehilangan seorang yang berbakat besar dalam dunia lakonan serta perjalanan istiqamah dalam kehidupannya.

.

.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password